MELAKA TENGAH – Seorang bekas pelajar tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencuri duit tabung berjumlah RM3,000 di sebuah masjid, Januari lalu.

Tertuduh berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri duit tabung berjumlah RM3,000 di Masjid Al Wahab, Permatang Duyong pada jam 3.40 pagi pada 27 Januari 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 sebelum tertuduh diwakili peguam Haslinda Abu Bakar merayu jumlah tersebut dikurangkan.

“Tertuduh hanya berusia 15 tahun dan ditanggung keluarga iaitu bapanya seorang pekerja kontrak swasta sementara ibunya sudah bersara,” kata Haslinda.

Selepas mendengar rayuan itu, Norina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan beliau turut menetapkan 13 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – Sinar Harian

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACAPAS: Husam ‘Kaki Auta’, Penakut Berdebat Isu Baiah

KLIK BACA: Najib masih ada otak yang kuat dan hebat, kata Ketua UMNO Kepong

KLIK BACA: Jual Proton kepada syarikat asing, Najib apa kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib