Hadi mesra dengan Najib yang bermasalah hudud, GST, 1MDB sedang PAS pula fokus melahar DAP isu Islam dan perkauman hingga tidak mampu merangkum isu utama sebenar masalah negara

KUALA LUMPUR – Pas sewajarnya menyemak kembali pendirian parti itu berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain apabila Bersatu sekali lagi memberi tempoh sebulan kepada Pas untuk memuktamadkan kerjasama dengan blok pembangkang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Pas harus berjiwa besar seperti dua tokoh yang sebelum ini diibaratkan musuh ketat, namun kini berdamai demi menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan kuasa BN.

“Pemimpin Pas harus berjiwa besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang boleh melupakan sejarah hitam antara mereka demi mencapai matlamat sama, iaitu tumbangkan kerajaan BN,” katanya.

Menurutnya, parti itu juga perlu bertolak ansur dalam isu-isu berbangkit antara parti, termasuk kerjasama dengan Amanah dan DAP.

“Perkara yang menjadi halangan patut dibawa dalam rundingan, namun sebaliknya Pas membuat ketetapan muktamad menolak kerjasama, jadi tidak boleh berundur kecuali Pas sanggup ‘telan’ pendirian yang sudah dibuat,” katanya.

Mahfuz berkata, rakyat tidak akan marah malah berbangga sekiranya Pas mampu melupakan sengketa sesama parti lain, dan melupakan kesilapan lalu.

“Kembalilah kepada arus politik perdana dan ke meja rundingan bersama parti pembangkang, kerana masih ada masa,” katanya lapor Sinar Harian.

Mengulas sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang masih mampu membawa parti itu ke landasan seperti dikehendaki ahlinya, Mahfuz sekadar berkias, agar semua pimpinan harus miliki keberanian dan tidak boleh membiarkan parti terumbang-ambing.

DIKEMASKINI: Mahfuz: Saya tak akan keluar PAS, Hadi ulama besar bolehlah cakap soal maruah

Nota Ana Ghoib: Firman Allah: Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. – (Ar-Ruum 30:29) – Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

DIKEMASKINI: Mahfuz: Saya tak akan keluar PAS, Hadi ulama besar bolehlah cakap soal maruah

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Nik Abduh sindir PAN mabuk, setia PAS pada Islam memang lejen

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

KLIK BACA: Kadir Jasin: George Tan dalam kes BMF dan Jho Low dalam kes 1MDB tapi…

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share