Sebuah badan pemikir kerajaan Selangor mendakwa hasil tinjauan menunjukkan Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri paling tidak popular dalam sejarah negara.

Menurut Institut Darul Ehsan (IDE), hanya 19 peratus daripada 2,018 responden yang merupakan pengundi Selangor percaya kepimpinan Najib akan meningkatkan sokongan kepada BN.

Timbalan Pengerusi IDE, Mohammad Redzuan Othman berkata dalam kaji selidik pada tahun lalu, 29 peratus daripada responden mengiyakan ketika ditanya sama ada kepimpinan Najib akan menyaksikan BN mempertahankan Putrajaya.

Berdasarkan penurunan angka ini, beliau berkata: “Ini menunjukkan betapa Najib adalah perdana menteri yang paling tidak popular dalam sejarah Malaysia.”

Redzuan berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam selepas menyampaikan kajian terkini IDE bertajuk “Isu dan Persepsi rakyat Selangor Terhadap Kajiselidik Pilihan Raya Umum ke-14”, yang telah dijalankan dari 8 Februari hingga 13 Februari.

Mohammad Redzuan juga menggariskan perbezaan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Najib.

Berhubung soalan bahawa kepimpinan Najib meningkatkan sokongan kepada BN, beliau berkata responden daripada semua kaum memberikan jawapan negatif.

Pada satu lagi soalan terhadap responden, Redzuan berkata 43 peratus daripada mereka tidak bersetuju apabila ditanya sama ada “tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap Malaysian Official 1 (MO1) kerana ia hanya propaganda”. – Malaysiakini

KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACARakyat bangga jika Hadi bawa PAS ke landasan yang betul – Mahfuz

KLIK BACA: Apa motif NAJIB suruh siasat 1MDB jika dirahsiakan? – Mahfuz

KLIK BACA: Pemimpin PAS patut contohi Tun Mahathir dan Kit Siang

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Nik Abduh sindir PAN mabuk, setia PAS pada Islam memang lejen

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE