oleh Dalia Ismail

Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh Pas dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, kenyataan terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir untuk “tidak sujud” di kaki Pas telah menamatkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Bersatu telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan. Justeru ujarnya, kekuatan Pas untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata kerana DAP, PAN (Parti Amanah Negara), PKR danBersatu dakwanya terus menerus menyerang Pas bahawa Pas adalah rakan Umno.

“Bagi Pakatan Harapan, undi Pas adalah undi Umno. Maka jangan undi Pas. Bagi Umno, undi Umno adalah undi Pas. Maka undilah Umno.

“Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah sama ada untuk Umno- BN ataupun untuk Pakatan Harapan. Hilangkan kemenangan untuk Pas.

“Adakah itu sukar buat Pas? Ya, Pas sentiasa sukar perjuangannya.

“Tetapi kemenangan dan kekuatan Pas hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. Pas sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah ‘beriring kesukaran adalah kemudahan’,” terangnya seperti dicatat dalam facebooknya pagi ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Umno tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada Pas. Rekod buruk Umno terhadap Pas ujarnya, mesti dipadamkan demi survival Umno.

Manakala Pakatan Harapan tidak pula mampu memomokkan rekod buruk Pas dalam Pakatan Rakyat dulu sebagai peluru ampuh buat membedil Pas.

“Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa Pas dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

“Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh Pas adalah menghujahkan perbuatan baik Umno kepada Pas sebagai bukti bahawa Pas dan Umno adalah satu.

“DAP menjaja Pas menyokong Umno. Bersatu menjaja Pas makan dedak Umno. PKR menjaja Pas menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara,” ujarnya.

Sambung Nik Abduh lagi, Pas menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya.

“Pas akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. Pas setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

“Walau baik mana sekali pun Umno terhadap Pas, Pas akan kekal bersendirian melawan Umno. Umno adalah musuh tradisi Pas dalam politik.

“Jika Umno ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika Umno bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun Umno pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri.

“Pas telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. Pas telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

“Pas mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama.

“Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti.

“PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

“Orang bertanya mana bahaya antara Umno dan DAP? Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan,” ujarnya. – Malaysia Dateline

Nota Ana Ghoib: Pemikir terbaik dan pejuang popular dalam PAS sudah keluar menjadi PAN sedangkan mereka dahulu dan sekarang menggalas ideologi perjuangan bapa Nik Abduh sendiri.

Bukan tidak ada pemikir terbaik PAS kini cuma yang dikenal lantang adalah Tuan Ibrahim dan Mahfuz Omar yang mana mahir selok belok putar belit politik dan ekonomi manakala kebanyakannya hanya mengikut tuan di atas.

Ustaz muda di dalam PAS yang tak sabar-sabar berbuat sesuatu perkara tanpa berbincang malah pelawaan PAN untuk berbincang mengenai Akta 355 tidak diendahkan kononnya mereka menolak dan menyokong DAP semata-mata.

Ahli PAS bernama Mohd Shukri yang meninggal dunia itu pun lebih tahu strategi politik dan apa sebenarnya yang berlaku di negara ini dan yang pasti kematiannya yang aneh itu tidak langsung diambil pelajaran oleh PAS sedangkan Allah menjadikan sesuatu itu bukan percuma sia-sia pasti ada sebabnya dan atas kehendak takdirnya sendiri maka ia berlaku.

Soalan kepada Nik Abduh adakah tuhan kamu Allah tidak melarang kamu di dalam Al Quran agar tidak berhujah untuk orang yang khianat amanah? [ruj: Ubairiq]

Kamu tahu ini –  bukankah orang itu menyembunyikan bukti dan bertindak melampaui batas maka siapakah yang akan membela mereka di depan Allah kelak dan bukankah Allah menyuruh kamu berlaku adil?

Firman Allah mudah yakni barang siapa buta [buat-buat buta] di dunia lebih buta lagi akhirat. Apakah Nik Abduh buta melihat jenayah perdagangan apa yang dipertahankannya?

Apakah Nik Abduh kurang ilmu mendahulukan nafsu untuk termakan hasutan perkauman yang dimainkan bagi menutup jenayah itu?

Jangan pula Nik Abduh seperti perempuan pemintal benang yang menjadi kusut masai kerana tidak mendahulukan apa yang lebih utama.

Lihat bapa kamu mengutamakan menawan Putrajaya bersama Pakatan Harapan dan sesudah itu bolehlah diuruskan soal hukum Islam yang kamu sukai berlaku.

Sudah pasti Umno akan terus mempermainkan PAS dan harapan Nik Abduh mahu menghapus bahaya Umno hanya tinggal harapan selagi pemimpin-pemimpin totok yang menggelar PAS bodoh bercakap pasal hudud dan parti ajaran sesat masih ada berkuasa.

Halangan perlembagaan terhadap hudud boleh dihapuskan dengan pakatan politik jika kamu menang tetapi sebenarnya kamu sendiri berdegil menerima nasihat Tengku Razaleigh bahawa RUU apa sekali pun salurannya adalah Raja-Raja Melayu terlebih dahulu.

Sementara itu teruskan bertekak dan si penyamun terus ketawa kerana kamu sendiri mempertahankan mereka.

Benar – Syaitan itu sudah berputus asa menghasut kamu menyembah mereka tetapi ia menghasut kamu orang muslim berbalah sesama sendiri. – Ana Ghoib Syeikh Malaya

Firman Allah: Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). – (Al-An’aam 6:159)

KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACARakyat bangga jika Hadi bawa PAS ke landasan yang betul – Mahfuz

KLIK BACA: Apa motif NAJIB suruh siasat 1MDB jika dirahsiakan? – Mahfuz

KLIK BACA: Pemimpin PAS patut contohi Tun Mahathir dan Kit Siang

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Nik Abduh sindir PAN mabuk, setia PAS pada Islam memang lejen

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share