Penguatkuasa JHEAT sedang menyoal siasat lelaki yang ditahan kerana berkhalwat ketika serbuan di sebuah rumah urut dibandaraya ini.

KUALA TERENGGANU – “Saya datang hanya nak dapatkan perkhidmatan mengurut badan sahaja kerana penat bekerja, tidak ada niat lain,” itulah alasan diberikan seorang lelaki yang masih berstatus suami orang ketika dicekup sedang asyik diurut oleh seorang wanita warga Thailand, di sebuah rumah urut di bandar raya di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam, selain menahan lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Kedah itu, penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berjaya membongkar taktik diamalkan premis itu iaitu dengan menekan loceng sebagai isyarat kepada pelanggan bagi mengelak daripada ditangkap berkhalwat.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, bagaimanapun lelaki yang memaklumkan pergi ke premis itu untuk mengurut badan kerana kepenatan bekerja tidak sempat keluar walaupun seorang pekerja lelaki di situ ada memberi isyarat sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa JHEAT.

“Sebaik penguatkuasa sampai dipintu premis itu, seorang pekerja bertindak berlari menuju ke kaunter untuk menekan loceng sebagai syarat memaklumkan tukang urut warga Thailand yang sedang mengurut di tingkat satu mengenai kehadiran penguatkuasa.

“Semua tukang urut sempat keluar dari bilik masing-masing sebaik menerima isyarat diberikan tetapi hanya satu bilik sahaja yang tidak sempat keluar kerana terlalu asyik mengurut,” katanya.

Wan Mohd berkata, lelaki terbabit dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Katanya, lelaki terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangannya diambil sebelum hadir ke mahkamah bagi proses pendakwaan. – Sinar Harian

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

KLIK BACA: China beli Proton jadi PLOTON lah jawabnya….

KLIK BACAPM tak patut jadi menteri kewangan, kata bekas penolong gabenor Bank Negara

KLIK BACA: BMF & Forex Mahathir, agenda bodoh Umno tak akan kembalikan keyakinan – Ezam

KLIK BACA: Doakan Najib mampu setenang Tun Mahathir setuju siasatan Suruhanjaya Diraja

KLIK BACA: Dr Mahathir alu-alukan RCI siasat BMF, forex tapi dengan syarat…

KLIK BACAIdris: Adakah mereka mahu Hadi tampar Najib?

TERKINI: Misteri Jet Jho Low dirampas di Singapura?

KLIK BACA: Najib fikir cukup tiada lagi sambutan permaidani merah dan bunga manggar?

KLIK BACA: PAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

KLIK BACA: Ulama PAS, Nasrudin tolak motor bantah kenaikan harga minyak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share