Kalau sudah rezeki – itu kisah yang ditakdirkan pada seorang pelajar Indonesia.

Selepas klip videonya bersama Presiden Joko Widodo menjadi tular dan diketawakan, nasib yang baik untuk Ari Aditya tetap datang.

Gara-gara aksi spontannya gagal menyebut nama ikan tongkol dengan betul, pelajar sekolah rendah itu diberikan hadiah basikal oleh presiden ketujuh Indonesia itu.

Ari juga diberikan Kad Indonesia Pintar (KIP) yang membolehkannya menerima bantuan persekolahan daripada kerajaan.

Dia bersama sejumlah pelajar sebelum itu hadir ke majlis rasmi Jokowi – nama panggilan Joko Widodo – di Kemayoran, Jakarta.

Di atas pentas, Jokowi meminta Ari menyebutkan nama empat jenis ikan bagi ‘melayakkannya’ menerima hadiah.

Ari memberikan jawatannya, namun tidak lengkap. Dia menyebutkan nama ikan lele (keli), paus dan teri (bilis) dan kesukaran menyebutkan satu lagi jenis ikan.

“Satu saja lagi untuk dapat basikal,” kata Jokowi.

Akhirnya Jokowi mengajar Ari – ikan tongkol. Namun di situlah Ari tersasul dan menyebut perkataan lain yang merujuk kepada alat kelamin lelaki. Insiden spontan itu menyebabkan orang ramai ketawa namun Jokowi kelihatan tenang dan terus memberi peluang kepada Ari.

“Ikan tongkol,” kata Jokowi memperbetulkannya.

Tempo melaporkan, Jokowi membahagikan KIP itu kepada 12 pelajar terpilih. Beliau juga sempat memberi nasihat kepada mereka: Gunakan dengan wajar, dan bukannya untuk membeli kad prabayar.

Sementara itu, ada pengguna Internet mendakwa Ari sebenarnya pelajar yang mengalami masalah disleksia.

Nota Ana Ghoib: Terkenang arwah Mohd Shukri yang meninggal dunia [klik sini baca tragedi beliau urusan dewan rakyat] dan nota terakhirnya mengenai keadilan marhaen dan orang atasan – Al Fatihah

KLIK BACA: DAP: Amaran SPRM sia-sia jika tak dituju pada MO1

KLIK BACA: Amaran SPRM, Umno tak rasuah, kata Tengku Adnan

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Ada kes tak dakwa, tunggu Hari Pembalasan – Akhbar Satar TI Malaysia

TERKINI: DUIT BMF tak masuk akaun peribadi Tun Mahathir, kata Kit Siang

TULISAN PENUH: Dr Mahathir jawab tuduhan skandal BMF

TERKINI VIDEO: ‘Lagi mahal sesuatu projek lagi baik untuk ahli politik di Malaysia’ – Datuk Akhbar Satar

MUST READMACC’s budget for new equipment frozen for three years – Dzulkifli

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah..

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE