Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuannya bagi pihak keluarga bekas ketua pembangkang itu.

Saiful mendakwa, keluarga Anwar minta beliau memohon pengampunan diraja bagi Anwar tanpa menukar pengakuan beliau diliwat oleh bekas majikannya itu.

Bagaimanapun anak kedua Anwar, Nurul Nuha menafikan perkara itu.

“Oh satu lagi fitnah, keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful,” katanya ketika dihubungi.

Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang kini mungkin sudah insaf atas perbuatannya.

Katanya lagi, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.

“Kata beliau (teman Anwar), dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” kata Saiful.

Dalam tulisan itu, Saiful turut berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Anwar, 68, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara padanya.

Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan dakwaan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik. – Malaysiakini


Nota Ana Ghoib: Masih sempat berpolitik lagi Saiful apabila menyebut soal Anwar bertanding PRU seakan tindakan Saiful selama ini pula merupakan agenda menghalang Anwar terbabit dalam politik?

Dahulu apabila update blog Saiful sering meletak fail gambar itu dengan nama Najib dan Anwar seolah ini semua mengenai Najib dan Anwar?

Siapa yang tak curiga akan pertemuan Saiful dan Najib di kediaman rasminya.

Semua tahu menjelang PRU nama Saiful kembali muncul dan terbukti kini muncul lagi. – Ana Ghoib aku demam….

Firman Allah: (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi. – (At-Taubah 9:69)

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Ada kes tak dakwa, tunggu Hari Pembalasan – Akhbar Satar TI Malaysia

TERKINI: DUIT BMF tak masuk akaun peribadi Tun Mahathir, kata Kit Siang

KLIK VIDEO: Dr Mahathir jawab tuduhan skandal BMF

KLIK BACAMukhriz Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir tak suka…

KLIK BACA: Zahid cuba aibkan Najib, cybertooper sokong kerajaan tinggal 6.6 peratus?

TERKINI: Forest City pajakan 99 tahun atau pegangan bebas NAJIB?

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah..

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share