Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diyakini akan menjadi parti politik yang mengembalikan kegemilangan Malaysia seperti di era Dr Mahathir.

SHAH ALAM – Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara tujuan utama penubuhan PPBM ialah untuk menggembleng kerjasama rakyat untuk mewujudkan kerajaan baharu dalam pilihan raya akan datang.

“PPBM akan menjadi komponen dalam parti campuran pembangkang yang akan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan hanya satu calon sahaja di setiap kawasan.

“Campuran pembangkang ini akan sedia untuk menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih,” katanya semasa ucapan pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.

Tun Mahathir turut menggariskan beberapa perkara yang akan diperjuangkan PPBM dalam usaha mencabar Barisan Nasional (BN).

Antaranya ialah rakyat bebas melapor dan mendakwa jika terdapat salah laku atau jenayah yang dilakukan, tiada pilih kasih dalam menguat kuasa undang-undang negara, kebebasan media dan kebebasan melaporkan kebenaran.

Selain itu, pemansuhan GST secara beransur-ansur dengan digantikan cukai jualan mengikut selera rakyat, dan usaha mempertahankan nilai mata wang tanpa penjualan dolar Amerika dalam simpanan negara turut digariskan.

MANIFESTO PARTI BERSATU – PPBM – Foto oleh Man Lan Tok Facebook

TERKINI: Peguam nafi tuduhan Rosmah tandatangan cek sebagai “Eric Tan”

TERKINI: “Saya akui saya sudah tua nyanyuk tetapi….” – Tun Mahathir

KLIK BACAPenerangan peguam Dr Mahathir mengenai Jho Low @ Eric Tan

KLIK BACA: Najib – Dr Mahathir mampu melakukan sekali lagi untuk Malaysia

KLIK BACA: Manifesto BERSATU sentuh mengenai cara Najib tarik pelaburan China

KLIK BACA: Kenapa setelah 60 tahun memerintah tiba-tiba mahu diajar China?

DIKEMASKINI VIDEOUcapan Tun Mahathir Di Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu

TERKINI: Jho Low dan Eric Tan orang yang sama, apa maknanya?

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB” – Datuk Kadir Jasin


Tolong Komen & Share