oleh Ermizi Muhamad

BANTING, 31 DIS : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, sikap boros Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor ketika berbelanja mewah di luar negara.

Tun Mahathir mendakwa, kedai perhiasan mewah terpaksa ‘ditutup’ di Kota London bagi membenarkan Najib dan Rosmah berbelanja.

“Mereka tutup pasal Puan Rosmah ini mahu membeli belah. Selepas membeli, Rosmah pun ‘blah’ semualah,” sindir Mahathir mengundang tawa lebih 3,000 hadirin pada Ceramah Perdana Sengsara Rakyat, di Dataran Pantai Morib di sini, malam tadi.

Ini bukan pertama kalinya dakwaan sikap boros keluarga Najib yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan kepada umum.

Terdahulu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan, dakwaan Najib menghabiskan AS$15 juta bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas yang dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625.

Bahkan, akhbar Australia Sydney Morning Herald menerusi kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai sikap Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik miliknya di Sydney.

Bercakap lanjut, Tun Mahathir berkata, sikap kepimpinan pentadbir negara inilah menjadi penyebab pengundurannya dalam Umno, selepas 22 tahun menerajui kepimpinan negara.

“Umno bukan lagi parti politik, tapi parti pencuri dan sebab itulah dunia panggil Malaysia di bawah pentadbiran Najib bukan demokrasi.

“Tetapi ini negara kleptokrasi, sebagai sebuah pemerintahan penyangak, penyamun dan perompak daripada Bugis barangkali,” dakwa Mahathir lagi. – Read more source: SelangorKini

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

BERITA TERKINI: Tun Mahathir: ‘Tutup kedai’ bila Rosmah mahu shopping

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READRaja Bomoh begin search for PM’s plane after tracking website removal

BERITA GEMPAR: Jamal tolak rasuah beg berisi RM1 juta

DIKEMASKINI: Najib naikkan BR1M RM40,000 boleh beli kereta, Rafizi jawab Irwan Serigar

TERBARU: “Najib sudah tak ada duit ke sampai kena bayar 20 sen beli beg plastik” – Noh Omar

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

KLIK BACA: Jho Low baliklah berjoli di Malaysia, kata PAS

DIKEMASKINIPAS – Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

KLIK BACA: Blogger Umno sindir Azalina cuti di Las Vegas 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share