Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut “Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran” kerana bagi parti itu, menghadiri ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ dan beramah mesra dengan pemimpin Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, dalam satu kenyataan berkata, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita “Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran”.

Namun, katanya apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.

Menurutnya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.

Ianya adalah program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.

Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab “itu hak dia”, kata Khalid.

“Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.

“Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat ‘mengambil kesempatan’ mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik,” jelas beliau.

Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.

“Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir,” kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini. – Malaysia Dateline

TERKINI:  Siti Nurhaliza ingatkan penyokong Jamal cakap tak guna otak yang Allah kurniakan

TERKINI: Mahathir takjub lihat penyokong Najib

MUST READDr Mahathir – Kleptocratic by Association

TERKINI: Syed Saddiq pulangkan hadiah wang diberi Najib kepada aktivis pelajar yang dihukum

TERKINI: Kenapa neraca keadilan seperti berbeza antara Malaysia, Singapura, Amerika, Switzerland?

TERKINI: Nasib baik Tun Mahathir tidak hanya bermain dengan cucu, Nazri mula sedar rakyat tolak Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share