Petronas akan mengumumkan tidak lama lagi kuantum pengeluaran minyak mentah 2017 Malaysia seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan anggota bukan-OPEC di Vienna, Austria, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mesyuarat tersebut bersetuju anggota bukan OPEC akan mengurangkan sehingga 558,000 tong sehari (bpd) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Jan, 2017.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ ke-15 yang diterbitkan oleh Bank Dunia, beliau berkata pengurangan pengeluaran oleh Malaysia dan anggota OPEC serta bukan OPEC itu bertujuan meningkatkan harga minyak mentah dengan menstabilkan bekalan minyak global, menormalkan pasaran dan mendapatkan semula keyakinan pelabur.

Menurut Index Mundi, portal data yang mengumpulkan fakta dan statistik dan menjadikan data mentah itu sebagai maklumat bermanfaat, Malaysia mengeluarkan 693,000 tong sehari (bpd) minyak mentah pada 2015.

Abdul Rahman berkata pengurangan pengeluaran minyak Malaysia adalah termasuk dalam jumlah keseluruhan pengurangan sebanyak 558,000 bpd, kurang daripada sasaran awal 600,000 bpd.

“Kami hadir pada mesyuarat itu untuk memberikan sokongan moral kepada anggota OPEC dan bukan-OPEC dalam memastikan harga minyak berada pada landasan pertumbuhan mampan,” katanya. – Bernama

TERKINI: Daim –  Tak siapa mahu melabur di negara yang tak hormat perundangan sendiri

KLIK BACADr Mahathir – Rakyat terus tanggung beban Najib pinjam lagi

KLIK BACA:  Tun Mahathir – GST dimansuh, ikut gaya Selangor jika menang

TERKINI: Datin Seri Shamshida dedah 7 perkara tentang Datuk Seri Azmin 

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan

KLIK BACA: Wang SRC dipinjam dari dana pencen ‘sangkut’ di Bank BSI, kata menteri

TERKINI: Dr Mahathir mahu bukti cukai pendapatan Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share