Portal pro-Umno terus membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 dengan mengingatkannya agar tidak mengheret arwah Tunku Abdul Rahman dalam hal tersebut.

Mykmu.net berkata, Tunku Abdul Rahman tidak pernah menghadiri mana-mana majlis rasmi DAP apatah lagi persidangan kebangsaan seperti itu.

“Yang tak pernah berlaku ini ialah mantan presiden Umno duduk sepentas dengan DAP atau lebih tepat, sama-sama hadir dalam konvensyen DAP. Itu belum pernah berlaku.

“Mahathir kata Tunku dulu pernah buat dan dia ada gambar untuk membuktikannya, penulis sedar gambar itu ada tapi bukan dalam konvensyen DAP,” kata portal itu.

Katanya, Tunku Abdul Rahman yang menyertai Semangat 46 (S46) sebelum meninggal dunia pernah hadir dalam majlis bersama beberapa pemimpin DAP.

Namun, tambahnya, arwah tidak pernah hadir dalam mesyuarat DAP, memelayukan DAP lebih dari Umno dan sebagainya.

Justeru, kata portal itu, tindakan Mahathir menggunakan nama Tunku Abdul Rahman untuk menghalalkan kehadirannya dalam majlis DAP adalah perbandingan yang murah dan hanya untuk pertahan diri saja.  – Malaysiakini


Nota: Bangang sungguh MyKMU cuma memikirkan soal kehadiran tanpa sedar bahawa Tun Mahathir cuma membenarkan pemahaman Tunku Abdul Rahman mengenai ideologi demokratik DAP terutama di dalam isu kaum, agama dan perlembagaan setelah tidak menyedarinya selama ini kerana permainan fitnah terhadap DAP.

TERKINI: Elak kesipuan punca undangan ke majlis agong dibatal, tiada kerusi untuk Tun Mahathir

TERKINITun Mahathir jawab MB Johor orang asing dapat kerakyatan tak munasabah?

KLIK BACA: Mahfuz: Walak Najib walak ‘kongsi gelap’

KLIK BACA: Dr Mahathir didakwa hina Nabi Muhammad, NGO buat laporan polis

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share