KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya adalah hasil kegagalan gabungan pembangkang untuk mencapai matlamat menawan 1/3 kerusi parlimen di Sabah.

“Supaya tiga ‘deposit kekal’ negeri Sabah, Sarawak dan Johor, PR boleh mendapat 33 kerusi parlimen untuk membantu PR dalam jumlah kerusinya untuk menawan Putrajaya untuk PR,” kata Lim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PR hanya berjaya memenangi 16.9 peratus kerusi di Sabah, Sarawak dan Johor, iaitu 14 kerusi parlimen (tiga di Sabah, enam di Sarawak dan lima di Johor) daripada 83 kerusi yang ada pada pilihanraya umum ke 13 yang diadakan pada 5 Mei yang lalu.

Lim berkata walaupun demikian, PR telah berjaya melunturkan istilah ‘deposit kekal’ BN di Sabah, Sarawak dan Johor.

“Pertandingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka,” tegas ahli parlimen Gelang Patah tersebut.

Keputusan PRU13 di Sabah, kata Lim, adalah satu pengajaran yang pahit untuk pembangkang yang gagal bersatu.

“BN sepatutnya tewas di empat kawasan parlimen dan lapan lagi kerusi DUN jika undi pembangkang tidak berpecah,” katanya.

Kerusi parlimen yang dimaksudkan ialah P.168 Kota Marudu, , P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala kerusi DUN pula ialah N. 11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.

Pembangkang kini mempunyai 11 kerusi DUN di Sabah, DAP 4 dan PKR 7. Star pula mendapat satu kerusi.

“Malah sebenarnya, pembangkang jika dapat bersatu boleh membawa jumlah kerusi parlimen dan DUN di Sabah kepada 11 (3 masa kini, 4 kerani undi pecah dan 4 lagi P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud) dan 26 DUN (12 masa kini tambah 8 kerana undi pecah dan 6 melalui N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat),” tegas Lim.

Di PRU13, Lim berkata beliau percaya menawan Putrajaya lebih mudah daripada menawan negeri Sabah. Namun perkara itu berubah di PRU14, di mana menawan Sabah dan Putrajaya akan menjadi objektif utama PR.

DAP katanya akan menumpukan tenaganya kepada 13 kawasan di Sabah iaitu Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai mulai sekarang untuk membantu PR ke Putrajaya pada PRU14 nanti.

Lim sendiri akan mengambil Karanaan sebagai kawasan angkat selepas melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan di Kg Sarapong baru-baru ini. Harakahdaily

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share