Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina melahirkan rasa gembiranya apabila melihat ramai yang hadir ke perhimpunan BERSIH 5.

Marina berkata demikian dalam ucapan ringkasnya di perhimpunan itu. – KiniTV

KLCC – Kehadiran orang ramai di sekitar KLCC kini dianggarkan seramai 40,000 orang.

Lautan ‘kuning’ memenuhi sekitar Jalan Ampang dari pejabat Lembaga Getah Malaysia hingga ke Pusat Pelancongan Malaysia sejauh kira-kira 600 meter.

Dalam ucapannya Dr Mahathir berkata peserta BERSIH5 berkumpul dengan aman – berbeza daripada ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Kita bukan Jamal (yang) apabila kena tumbuk dihidung, menangis….” katanya.

Bekas perdana menteri itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana tetap turun ke jalan raya walaupun dalam keadaan politik semakin memburuk.

“Kita bukan lagi hidup di bawah sistem demokrasi, tetapi negara klepotokrasi,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin berkata tiba masanya untuk penguasaan BN dan Umno ditamatkan demi rakyat.

Beliau juga menggesa orang ramai melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

“Masa depan kita adalah untuk semua. Ia bukan (hanya) untuk saya. Saya dah tua tetapi anda semua yang masih muda,” katanya. – Malaysiakini | KiniTV

DIKEMASKINI KLIK BACATun Mahathir di himpunan BERSIH 5

TERKINI: Pengerusi BERSIH Maria Chin ditahan bawah SOSMA

KLIK BACA: Dr Mahathir: BERSIH5 peluang terakhir rakyat

KLIK BACA: Buku Shukri Saad ditemui di himpunan BERSIH 5

KLIK BACA: SEBIJI TELUR KONGSI SATU RUMAH, KATA PAKCIK PESERTA BERSIH

KLIK VIDEO: Komen Tun Mahathir mengenai kejatuhan ringgit

KLIK BACA: Hutang Malaysia hampir satu trilion – Mahathir

DIKEMASKINIRafizi tidak dipenjara jika laporan audit 1MDB bukan rahsia – Mahfuz

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE