Laluan Johor Bahru-Pekan Baru adalah penerbangan antarabangsa pertama dari Johor oleh Firefly.
SYARIKAT penerbangan komuniti Firefly akan memperkenalkan perkhidmatan mingguan berjadual antara Johor Bahru dan Pekan Baru di Indonesia dari 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat itu ingin menyediakan pilihan perjalanan kepada penduduk di Johor dan menyasarkan penumpang dengan tujuan perniagaan dan pelancongan dari Johor Bahru dengan pembukaan laluan tersebut.

“Penerbangan terus, empat kali seminggu ini akan memudahkan pengguna di kawasan selatan Malaysia dan lokasi lapangan terbang yang hampir dengan pusat bandar akan membolehkan penumpang menjimatkan lebih banyak masa,” katanya dalam satu kenyataan.

Firefly akan menggunakan sebuah pesawat turboprop ATR 72-500 milik syarikat itu bagi laluan terbaru ini.

Firefly yang juga anak syarikat milikan penuh Malaysia Airlines System merancang menjadikan Johor Bahru sebagai hab penerbangan terbaru selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Pulau Pinang berikutan permintaan semakin tinggi di negeri itu.

Booking Tiket Harga Tambang Murah Firefly Airlines klik button: FIREFLY AIRLINES

Sumber Sinar Harian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE