Siti Rohayu bersama anaknya Noor Ayrill Aqasha

KUALA LUMPUR – Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca kanak-kanak lelaki Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu, enggan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Aisisisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, perkara itu berdasarkan rakaman keterangan percakapan bapa kanak-kanak berumur 10 tahun itu, Noor Shahril Yusmarizal, 39, dan ibunya Siti Rohayu Yaacob, 37.

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu telah pergi ke Pudu menaiki bas Rapid KL untuk berjumpa dengan rakannya dikenali sebagai Ari berumur 13 tahun di Chow Kit sebelum menetap di rumah gelandangan selama beberapa hari dan enggan pulang ke rumah kerana berasa seronok menerima makanan percuma daripada orang awam setiap malam.

“Bagaimanapun, Noor Ayrill Aqasha yang kehabisan wang telah menaiki bas percuma Go-KL untuk ke rumah ibunya, namun dia terlupa jalan ke rumah ibunya membuatkan dia hilang arah sehingga ditemui semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Kok Sin berkata, ibu bapa Noor Ayrill Aqasha telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 8 malam tadi untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini.

Menurut Kok Sin, Noor Ayrill Aqasha tidak mahu pulang ke rumah kerana risau dimarahi ayahnya maka dia membuat keputusan untuk menetap di kawasan gelandangan selama beberapa hari.

“Kanak-kanak ini akan pulang dan tinggal bersama ibunya hasil perbincangan kedua ibu bapanya yang berjanji tidak mengabaikan anak mereka pada masa depan,” katanya.

Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

Kehilangan Noor Ayrill Aqasha tersebar di laman sosial sejak kelmarin selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira jam 7.30 malam kelmarin dalam keadaan lemah. – Bernama

TERKINI: Pinjam China RM50 bilion hutang kerajaan melepasi RM700 bilion – Kadir Jasin

KLIK VIDEO: Bagaimana syarikat RM2 tandatangan kontrak RM46b, soal Rafizi

KLIK BACA: “Umno kena terima hakikat melayu bukan berpecah tapi serik!”

KLIK BACA: Apa hendak dibanggakan jual harta pusaka kerajaan – Khairuddin Abu Hassan

KLIK BACA: Asyraf Wajdi ‘diam’ kalau tak ada fakta, kata Rafizi

KLIK BACA: Jika kita mati, kita mati bersama, kata saksi kes wang haram berkaitan 1MDB – Singapura



Tolong Komen & Share