Malaysia akan mendapatkan idea mengenai pembangunan ekonomi digital daripada taikun internet China, Jack Ma, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba itu antara lain untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Kita akan bincang dengan dia untuk membawa ideanya (ke Malaysia), dan ada juga ura untuk melantiknya dalam anggota majlis digital,” katanya kepada media Malaysia selepas menyambut ketibaan Najib di Beijing pada Isnin untuk lawatan rasmi enam hari ke China.

Irwan berkata ekonomi digital ialah sesuatu yang boleh dipelajari Malaysia dan bekerjasama dengan China. Ia merupakan satu trend bukan hanya sekarang tetapi untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

“Kerjasama itu akan memberi lebih manfaat kepada Malaysia, bukan hanya dalam konteks pembangunan modal insan tetapi kemajuan ekonomi,” katanya.

Dalam Bajet 2017, sejumlah RM162 juta telah diperuntukkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program seperti ekosistem e-dagang dan Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu yang dipanggil Hab Digital Malaysia.

Ekonomi digital Malaysia setakat ini menyumbangkan 16.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka menyumbang hampir 20 peratus kepada KDNK menjelang 2020. – Bernama

TERKINI: Bicara kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati

KLIK SINI – LIHAT INFOGRAFIK 8 SOALAN HUSNI YANG DIDAKWA RAHSIA KERAJAAN

KLIK BACA: MP pertikai kerajaan beli 10 kapal, tapi potong bajet perubatan

TERKINI: Rakyat Malaysia biayai BERSIH bukan Soros, kata Hishamuddin Rais

KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan

KLIK BACA: Jika Husni pun tak tahu, apakah polis tahu?

KLIK VIDEO: PENENTANG KERJA MULIA SPRM SEBENARNYA PENCACAI PENDUKUNG RASUAHSHUKRI ABDULL

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share