Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menganggap larangan dedah rahsia kerana sumpah kerahsiaan seakan diakui salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan bekas menteri adalah benar.

Mahfuz di dalam kenyataan medianya menyatakan hal ini kerana speaker mendakwa bekas anggota kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan apabila mereka menyentuh mengenai 1MDB dalam ucapan di Parlimen.

1MDB sebelum ini didakwa membayar berbilion-bilion dolar kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang didapati syarikat palsu.

Syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS telah mengesahkan Aabar BVI bukan entiti kumpulan korporat kedua-dua syarikat berkenaan.

Kenyataan Media – SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT.

1.Amalan sumpah kerahsiaan dikalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan didunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas olih pihak lain. Contoh dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

2.Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak ujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Abbar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

3.Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri. Jemaah Menteri bukannya ‘jemaah penyamun’ yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.

4.Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah (bekas menteri kewangan kedua) yang juga bekas jurucakap kabinet berkaitan dengan 1MDB didalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan,ini bermakna Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan didedahkan olih 3 bekas anggota jemaah menteri tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya rahsia.

Terima kasih Tan Seri Speaker,Rasuah dan rompakan negara adalah rahsia.

DATO’ HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10:30am, Taman AlWalid Alor setar
29 Okt 2016/28 Muharam 1438H

Sumber: Mahfuz Omar  | Foto kredit Free Malaysia Today


KLIK BACA: PELAJAR TAHFIZ PEGANG PLAKAD AGENDA ISLAM TETAP DIHATI NAJIB

KLIK BACA: Khalid nasihatkan Najib jangan salahkan orang lain…

KLIK BACA: Nasihat Mohd Shukri runtun simpati, pemimpin Amanah ziarah pusara Allahyarham

KLIK BACA: Saya pejuang kemajuan negara, pemimpin dulu pejuang kemerdekaan, kata Najib

TERKINI: Kerajaan diingatkan bahaya terlalu bergantung pada CHINA – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Perbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

KLIK BACA: Adnan Seman kesal ‘desak Najib undur’ akibatkan pengacara digantung

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share