Selepas menghantar tweet bahawa pihak polis sedang menyerbu pejabat Sisters in Islam (SIS) di Petaing Jaya, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir, kemudiannya menjelaskan ia tidak ada kaitan dengan NGO itu.

Beliau yang bergegas ke pejabat itu kemudiannya memaklumkan kepada wartawan yang hadir di pejabat itu bahawa pihak polis sebenarnya mencari seorang kakitangan di pejabat SIS.

“Kami akan terkejut dengan cara serbuan dilakukan tetapi mereka (polis) menjelaskan ia tidak ada kaitan dengan SIS.

“Mereka tidak tahu siapa kita (SIS) sebenarnya.

“Mereka sebenarnya mencari seorang kakitangan kami berhubung sesuatu pada syarikatnya sebelum ini,” katanya.

Marina bagaimanapun berkata kakitangan NGO itu begitu terkejut dengan tindakan polis berkenaan.

Namun, mereka membenarkan polis untuk membawa kakitangan berkenaan untuk disiasat dan menawarkan segala bantuan yang diperlukannya.

Sebelum ini, beberapa kakitangan NGO itu dilaporkan enggan membuka pintu sehingga peguam mereka tiba.

Peguam Andy Yong, yang dalam perjalanan ke pejabat SIS memberitahu Malaysiakini bahawa polis “memberi (SIS) masalah”.

KLIK VIDEO: “Najib dan Rosmah patut jadi pemandu Uber,” kata Rafizi

KLIK VIDEO: “Bukan kita nak buat jahat macam Baju Merah Jamal bodoh,” kata Muhyiddin

KLIK BACA: Tuan Ibrahim sajakah dalam PAS yang sedar bahayanya Najib kepada rakyat Malaysia? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Kos ECRL 1 kilometer RM91 juta, Mahfuz mahu jawatankuasa khas parlimen semak

KLIK BACA: PAS disoal tidak cukupkah Peguam Negara dipecat?