Petikan tulisan oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara [MKN]

Tanpa restui Agong

Undang-undang ini Akta Majlis Keselamatan Negara yang tidak direstui oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi kuasa kepada Najib mengisytihar kawasan sekuriti dan dengan itu sesiapa sahaja boleh di masuk dalam tahanan tanpa dibicara.

Ini lebih buruk dari ISA.

Jika sesiapa terbunuh atau dibunuh, sama ada anggota keselamatan atau orang awam, tidak ada inquest (pemeriksaan oleh majistret berkenaan sebab-sebab kematian) yang akan diadakan. Dan keluarga simati tidak boleh bawa kes ke mahkamah untuk mendapat keadilan.

Sebenarnya undang-undang seperti ini tidak boleh disahkan tanpa tandatangan Yang di-Pertuan Agong. Tetapi Najib tidak peduli kepada undang-undang atau aturan-peraturan.

Ia PM dan ia percaya sebarang pencabulan undang-undang olehnya tidak boleh didakwa di mahkamah. Pendakwarayanya jinak akan halang.

Semua ini menjadi tanda bahawa demokrasi sudah tidak ada lagi di Malaysia. Yang ada hanyalah pemerintahan kuku besi, pemerintahan diktator.

Rakyat akan membantah penghapusan demokrasi di negara tercinta ini melalui proses yang halal. InsyaAllah ketegasan rakyat akan akhirnya menamat salah laku Najib.

Klik baca tulisan penuh artikel di atas oleh Tun Mahathir di SINI

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri Malaysia. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya. | Foto ihsan Free Malaysia Today


Nota Ana Ghoib: Firman ALLAH: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (Al-Baqarah 2:178)

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. – (Al-Baqarah 2:179)

Ulasan Ana Ghoib: Dalam kasus ini pembelaan terhadap keluarga si mati atau orang dibunuh nampaknya jangan kata lojik agama tetapi lojik akal dan manusia juga hilang hanya kerana muslihat kuasa dan politiking.

Soalan Ana Ghoib apa kata ulama mufti:  Ibnu Mas’ud ra berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: “Ketika bani Israil bergelimang dengan kemaksiatan, ulama mereka melarang. Namun mereka tidak memberi tindakbalas. Para ulama lalu ikut duduk bersama mereka, makan bersama, minum bersama.

Maka Allah menutup hati mereka dan melaknat mereka melalui lisan Dawud dan ‘Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.”

Rasulullah saw yang saat itu berdiri lalu duduk dan bersabda:  “Demi Dzat Yang jiwaku berada di Tangan-Nya, mestinya mereka terus mengajak kaum itu hingga mahu menerima kebenaran.” – (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

Didalam hal bunuh membunuh ini orang yahudi sebagaimana di firmankan sejak zaman dahulu lagi adalah juara maka perlu Allah mengatur syariat mereka melalui Nabi Musa a.s.

Maka ketika Nabi Isa bertanya kepada Paul [dalam visi] ‘mahu kemana kamu?…lari dari perjuangan dakwah?’  maka layaklah  kita tanyakan kepada orang melayu mahu kemana kamu dan kepada pemimpinnya mahu kemana mahu kau bawa bangsa ini?

Akhir kalam cukuplah dinyatakan Firman Allah:  “Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam. – (Az-Zumar 39:72) – Ana Ghoib aku demam…


TERKINI: Semakan Anwar: Afidavit pembantu PM timbulkan persoalan

PENDEDAHAN: Video – Suruh rakyat bayar, pemerintahan cara ini mesti ditukar – Dr Mahathir

KLIK BACA: Pendakwaan di Switzerland seharusnya lebih menakutkan Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share