Sharifah Norizan Syed Nasir menunjukkan beg plastik berisi sayur dijual serendah RM2 di Kampung Parit Mohayat, Ayer Baloi Pontian, Johor.

PONTIAN – Usaha seorang suri rumah di Kampung Parit Mohayat, Ayer Baloi di sini menjadikan halaman rumahnya sebagai pasar sayur nyata tidak sia-sia apabila ia mula mendapat perhatian dek kerana harga yang cukup murah.

Malah kisah sayur dengan harga serendah RM2 yang dijualnya menjadi viral di laman sosial Facebook.

Menurut Sharifah Norizan Syed Nasir, 43, idea membuka pasar sayur berkenaan mula tercetus selepas melihat banyak sayur yang dibawa oleh suaminya yang merupakan pemborong sayur rosak akibat tiada pembeli.

Katanya, suaminya Talib Selamat, 48 baharu sahaja menjadi pemborong sayur selepas dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pemandu lori sejak awal tahun ini.

“Pelbagai jenis sayur yang dijual tidak kira sama ada sayur buah seperti labu air, labu, timun, peria atau sayur daun seperti kangkung, bayam, sawi, sawi jepun, semuanya didapati di sini.

“Sayur yang dijual tidak akan ditimbang tetapi harga ditentukan dengan beg plastik.

“Ambil apa sahaja sayur, penuhkan dalam beg plastik dan kemudian baru bayar. Itupun dengan harga yang cukup murah iaitu serendah RM2 bergantung kepada jenis sayur,” katanya lapor Sinar Harian.

Jelasnya, meskipun baharu memulakan perniagaan sejak awal bulan ini, namun pelanggan yang datang ke pasar sayurnya bukan sahaja penduduk tempatan tetapi ada juga dari luar daerah seperti Johor Bahru dan Pasir Gudang.

“Saya tidak sangka kesan viral di Facebook, orang dari Johor Bahru sanggup datang untuk membeli sayur.

“Terima kasih kerana viralkan kisah sayur murah di Kampung Parit Mohayat,” katanya lagi.

DIKEMASKINI: Video – Suruh rakyat bayar, pemerintahan seperti ini mesti ditukar – Dr Mahathir

KLIK BACA: Jokowi saksikan sendiri penjawat awam ditangkap rasuah

KLIK BACA: Umno juga akan ‘tutup kedai’ kerana 1MDB, tunggulah…?

TERKINI: Siasatan Switzerland saksikan ‘derma’ RM2.6b jadi tumpuan semula

KLIK BACA: DAP – Berapa banyak akauan dan duit Najib ada?

KLIK VIDEO: Kenapa SPRM, AG tak siasat akaun peribadi Najib – Nurul Izzah

KLIK BACA: KJ kongsi cerita kena pukul FRU dengan cota

TERKINI: Dr Mahathir – Mansuh GST – ikut gaya kerajaan Selangor

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE