Iklan MBPJ yang disunting pihak tidak bertanggungjawab – Foto SelangorKini

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran suntingan iklan di sekitar kawasan perbandarannya.

Suntingan imej iklan ‘Pilih Sihat. Dapatkan Ganjaran’ sebelum ini diubah kepada ‘Pilih Sihat. Dapatkan Ganja’ menimbulkan situasi salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Pihak Majlis mengutuk sekeras-kerasnya ke atas tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyunting imej sehingga mengakibatkan salah faham dan reputasi majlis tercalar.

“MBPJ berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dan terus menyebarkan imej berkenaan sehingga beranggapan majlis meluluskan iklan seperti itu,” kata MBPJ dalam kenyataannya, di Facebook.

Difahamkan, papan tanda iklan berkenaan diluluskan di bawah bidang kuasa Pihak Majlis berpandukan ketetapan yang dibuat Kerajaan Negeri sebelum ini.

Bagaimanapun pengubahsuaian iklan berkenaan baru-baru ini sekali gus mewujudkan situasi kurang senang berhubung penyebaran suntingan iklan itu.

Antaranya, pengguna laman sosial Ghandi Miv menuntut individu yang sengaja mencetuskan provokasi berkenaan dibawa ke muka pengadilan dan diambil tindakan sewajarnya.

“Orang yang tidak bertanggungjawab ini patut dibawa ke muka keadilan supaya menjadi contoh kepada orang lain untuk tidak melakukan atau mengulang tindakan yang tidak bermoral ini,” katanya.

Sebelum ini, sebarang pemasangan atau pengubahsuaian papan iklan antaranya termaktub di bawah perundangan Undang-Undang Kecil Iklan (7) 2007.

KLIK BACA: DAP – Berapa banyak akauan dan duit Najib ada?

KLIK VIDEO: Kenapa SPRM, AG tak siasat akaun peribadi Najib – Nurul Izzah

KLIK BACA: KJ kongsi cerita kena pukul FRU dengan cota

TERKINI: Dr Mahathir – Mansuh GST – ikut gaya kerajaan Selangor

KLIK BACA: Anggota polis ditahan curi kereta ‘polis’ di Bukit Aman


Tolong Komen & Share