Jangan tidak percaya… blogger kaki fitnah nombor wahid dalam dunia, papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang kini dalam proses kena saman RM100 juta oleh DSAI telah pun mendapat gelaran “Sir”.

Beliau kini menggelar dirinya sebagai “Sir” Azri…nama singkatan dari Wan Muhammad Azri b Wan Deris.

Setahu Omak Kau..penganugerahan gelaran “Sir” yang diberikan kepada para individu ataupun negarawan yang cukup berjasa kepada negara atau pun dalam bidang-bidang tertentu yang diiktiraf oleh Raja England.

Antara pingat kebesaran yang boleh membawa gelaran “Sir” ialah Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE)…Pingat ini pernah di anugerahkan oleh Queen Elizabeth II kepada penyanyi Elton John.

Terfikir juga.. apakah sumbangan dan jasa besar papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris sehingga dianugerahkan pingat kebesaran tersebut?

Bekas banduan kes rasuah RM400 perah duit mat dadah semasa menjadi anggota polis trafik Balai Polis Ampang tahun 2007 boleh menggelar dirinya sebagai “Sir”.

Pemimpin pujaannya Tun Mahathir dan Najib Razak pun masih belum bergelar “Sir” .

Inilah dinamakan dunia syok sendiri…Nak lari dari dihambat dengan pelbagai saman jutaan ringgit kini sudah cuba berlakon baik dengan mengguna pakai nama sebenar.

Masalahnya rakyat dah mula kenal identiti sebenarnya beliau semenjak tahun 2009 lagi…boleh usaha cara mana pun tapi rakyat tidak akan mudah tertipu.

 

Sumber Blog Omakkau

[pullquote_left]Agak malang bagi Wan Azri kerana bekas isteri beliau Bellina Omar Sharifuddin Chin akan menjadi saksi pendakwa beliau adalah papagomo dalam kes saman Husam dan Anwar sendiri. Semua bala ini bermula bila papagomo didakwa bersama blogger pro UMNO edar video lucah Nurul Izzah.  [/pullquote_left]Apa yang ditulis oleh Papagomo atau Wan Azri cuba dikelirukan identitinya oleh blogger pro UMNO kononnya Wan Azri baru pertama kali membuka blog. Ini tindakan yg berkaitan dengan kes saman papagomo oleh Anwar yg menyebabkan papagomo mengambil keputusan bersara klik sini baca: Malayright.blogspot.com tulisan papagomo lebih skema nampaknya…..apa pun tahniah semua berjaya menang kes saman.

Assalamualaikum kepada pembaca yang telah sampai kepada blog saya ini. Hari ini 24 hb Mei 2013 saya telah membina sebuah laman blog atas dengan nama Sir Azri. Laman blog pertama saya ini dibina atas faktor keterujaan saya untuk bersama orang orang Melayu yang cintakan dan sayangkan tanah air ini. Sebelum saya melangkah untuk menghasilkan artikel artikel melalui blog ini adalah lebih baik sekiranya saya menjelaskan sedikit latar belakang saya kepada semua pembaca.

Nama saya Wan Muhammad Azri dan merupakan anak Melayu yang lahir di Pasir Puteh Kelantan dan membesar di Johor Bahru. Saya sudah berkahwin dan setakat ini mempunyai dua orang puteri. Saya merupakan Ketua Eksekutif Syarikat KL POS MEDIA & PRODUCTION SDN BHD yang menjalankan urusan perniagaan Media dan Production. Pendidikan saya hanyalah setakat SPM namun waktu ini saya sedang mengikuti pembelajaran jarak jauh untuk memperkasakan diri saya sebagai anak Melayu yang berilmu.

Alamat blog ini www.malayright.blogspot.com mungkin akan membuatkan ada pihak yang tidak senang. Namun apa yang saya nak jelaskan disini adalah kebebasan bersuara yang ada di Malaysia ini wajar untuk diterjemahkan melalui apa cara sekalipun. Hak Melayu itu menjadi keutamaan saya dalam berblog ini kerana saya perhatikan ramai orang Melayu yang ada hari ini sudah lupa dengan jati diri mereka sebagai orang Melayu.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share