Entah Phobia Apa Sudah Jadi Liputan Perhimpunan Agung Umno 2016 Untuk Kali Kedua Terhad Untuk Media Arus Perdana

KUALA LUMPUR – UMNO memastikan media yang tidak sehaluan dan sering membuat liputan memutar belit tidak mendapat maklumat untuk membuat liputan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) nanti.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu dipertimbangkan pihaknya bagi memastikan kelancaran PAU 2016 pada akhir November ini.

“Tahun lalu, maklumat perbelanjaan dalam buku laporan UMNO telah disiarkan dalam satu portal berhaluan kiri. Jadi kita pun rasa tak selesa kerana bahan itu terhad.

“Mereka menggunakan apa juga maklumat dalam PAU untuk serang UMNO. Maka, urusetia akan ambil langkah bagi memastikan hanya mereka yang memiliki pas media khas dibenarkan untuk terima laporan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pelarasan media PAU2016 yang dihadiri wakil agensi media tempatan, di sini, hari ini.

Tambahnya, antara langkah tersebut termasuk tidak lagi menyediakan skrin siaran langsung untuk pemerhati dan orang ramai di aras dua PWTC.

Katanya, siaran tersebut telah disalah gunakan media tidak sehaluan.

Sementara itu, menurutnya pihaknya juga akan mengawal pintu utama dengan pengawalan ketat supaya tidak berlaku cubaan menyeludup masuk daripada pihak yang tidak berkaitan.

PAU2016 dijangka dihadiri 3,247 perwakilan dari seluruh negara dan 282 perwakilan asing dari 80 buah negara.

Sementara, pendaftaran awal bagi media tempatan dan asing dijangka mencecah sehingga 1,400 permohonan.

Terdahulu, PAU2016 akan diadakan dari 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – SuaraTV


Ana Ghoib: Sebenarnya bukan takut sangat ada bahan bocor cuma ucapan spontan pemimpin Umno atau perwakilan sahaja dirisaukan akan menjadi bahan serangan pembangkang.

Pastilah dalam mempertahankan pimpinan akan terkeluar segala macam ucapan perwakilan yang berapi disertakan bom-asap menyentuh isu agama, kaum, Daesh, dengki, nak jadi PM, nyanyuk, gunting dalam lipatan, pemimpin lama, kerjasama asing, khianat dan pelbagai lagi.

Namun di atas kertas isu ekonomi, hutang, ringgit, pencerobohan, jenayah tidak akan selesai ditangkis jika polisi tidak benar dan pemimpin tidak betul.

Sesungguhnya wahai orang-orang melayu muslim Umno; berpegang teguhlah pada ajaran Al Quran dan sumpah jawatan kamu dengannya kemudian tegaslah beringat pantang sekali derhaka pada tuhan dan celakalah orang yang menyembunyikan kebenaran di belakangnya untuk faedah sedikit di dunia kelak tiadalah lagi bahagiannya di akhirat.

Demi zat yang diriku di dalam kekuasaannya: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fussilat 41:41-42)


Nota tertutup Ana Ghoib dari firman Allah: “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” – (Fussilat 41:22-23)

Soalnya boleh dimaafkan dan kamu mahu masuk syurga dengan ampunan dan redha Allah tetapi bagaimana jika pohonan kamu tertahan kerana ada insan lain yang terkena, teraniaya, tertekan termasuk AKU menuntut akan kesalahan kamu kelak justeru tidak memaafkan, apakah kamu fikir demikian itu mudah?

Nota Ana Ghoib dari hadis Rasulullah SAW: Dalam kitab sahih disebutkan hadis yang mengatakan bahawa pada hari kiamat kelak Allah Swt. berfirman kepada seorang hamba:

“Bukankah Aku telah mengahwinkanmu, bukankah Aku telah memuliakanmu, bukankah Aku telah menundukkan bagimu kuda dan unta, dan Aku biarkan kamu memimpin dan berkuasa?”

Hamba itu berkata, “Memang benar.”

Allah Swt. berfirman, “Apakah engkau meyakini bahwa engkau akan menemui-Ku?”

Hamba tersebut menjawab, “Tidak.”

Maka Allah berfirman, “Pada hari ini Aku melupakanmu seperti kamu dahulu melupakan-Ku.”

Rujukan tafsir firman-Nya: Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. (Al Quran Surah At-Taubah: 67).

Jalan Lurus

Firman Allah: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. – (Al Quran Surah Al-An’aam 6:153)

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). –  (Al Quran Surah Al-An’aam 6:159)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat – Amirul Mukminin Khalifah Umar Al Khattab

Bukan media jalan kiri atau kanan: Nasihat akhir perhubungkanlah jangan ditutup maka beranilah berdepan kerana benar dan ingatlah firman Allah bahawa tiadalah sesudah selain kebenaran itu melainkan kesesatan….

TERKINI: “Rafizi yakin Najib tidak akan berani isytihar harta secara terperinci”

TERBARU: SPRM jumpa tunai RM3j, kontrak RM3.3b kepada keluarga

TERBARU: Patutlah Tun Mahathir pun keluar Umno – Ezam Mohd Nor

TERBARU: Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low? – Datuk A Kadir Jasin


Tolong Komen & Share