Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab membawa masuk Islamisasi ke dalam Malaysia, kata peguam merangkap aktivis kontroversi Siti Kasim.

Dalam satu temuramah dengan Malay Mail Online, Siti menyalahkan Ketua Pembangkang yang kini dipenjara, Anwar Ibrahim kerana membawa Islamisasi ke Malaysia dan akui beliau adalah “orang yang paling gembira” apabila Anwar “ditangkap”.

“Saya tidak bergurau, pada waktu itu saya rasa Malaysia selamat. Malangnya, sudah tentu ramai orang yang sudah pun dipengaruhi olehnya ketika itu.

“Dia yang bersalah, dia yang membawa dalam Islamisasi ke Malaysia. Tidak salah untuk membawa masuk perkara yang baik, tetapi dia membawa masuk fahaman Islam Wahabi.

“Mengapa anda mahu untuk membawa tafsiran fahaman Wahabi dalam Islam?

“Mereka mencampur-aduk budaya Arab ke dalam Islam,” kata Siti dalam artikel berbahasa Inggeris yang bertajuk “10 things about: Siti Kasim, lawyer and activist”.

Siti, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 26 tahun itu juga bercakap mengenai insiden menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.

“Saya mempunyai suara yang kuat, saya tidak menjerit. Semasa di forum, saya terpaksa menaikkan suara kerana mereka terlalu kuat.

“Apa yang memberi saya semangat? Saya tidak tahu, saya tidak fikir ia adalah kerana semangat atau keberanian.

“Saya bukan berang. Sejujurnya, saya tidak marah atau apa-apa. Saya hanya mendapati mereka bodoh. Jadi saya mahu ‘menunjukkan’ kebodohan mereka.

“Saya seorang manusia. Jika saya kata tidak terguris, maka saya menipu. Sudah tentu saya terkesan, tetapi nasib baik kerana saya jenis, ‘so what’.

Kawan-kawan saya menyokong saya … semua komen yang baik sebenarnya mengimbangi mereka yang tidak baik,” katanya.

Siti, 53, berambut perang sejak berusia 20-an menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas tampil memperjuangkan hak Orang Asli dan masyarakat pribumi.

Selepas kejadian dalam forum itu, Siti akui dia tidak menyesal menunjukkan jari tengahnya.

““Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu.

““Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?”” soalnya. – FMT

TERKINI: Cerita sebalik cerita 1MDB akan dibukukan – Sarawak Report

DIKEMASKINI: Kisah pukul wartawan penjelasan versi bekas isteri

TERKINI: “Gani Patail tidak terima penyingkirannya”

KLIK BACA: You yourself don’t follow the law, Dr M tells Najib 

TERKINI: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dan Najib …. – Tun Mahathir

KLIK BACA: Khairuddin boleh di penjara seumur hidup – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE