Pegawai khas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor secara kiasan mengulas isu penarikan anugerah “Lead by Example”.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Datuk Rizal Mansor dalam muat naik terbaru statusnya menjelaskan situasi sebenar penarikan anugerah oleh penganjurnya pada saat terakhir.

“Awak masuk meminang dia.. Dia tak bagi jawapan lagi.. Tiba-tiba sepupu awak buat statement kata awak nak putus tunang..,” katanya di status Facebook.

Menyimpul status berkenaan, Rosmah dipercayai tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai majlis itu, namun pihak tertentu dikatakan memutar belit dengan menyatakan anugerah tersebut ditarik semula.

Dalam satu lagi status yang baru dinaikkan, beliau menyindir mengibaratkan pemikiran ‘mat salleh’ (Amerika) sebagai kuno kerana masih mengamalkan fitnah dan budaya menghasut.

Portal FMT melaporkan tulisnya: “Pak cik ingatkan budaya mencucuk dan menghasut ada pada orang kita je.. Rupanya omputih (orang putih) Amerika lagi teruk mencucuk … Memfitnah lagi tu..

…Yang mendengar plak tak reti nak bertanya betulke apa yg mereka kata tu.. Pak Cik cuma boleh kata Mat Salleh ni tak maju lagi rupanya.. Masih kuno pemikiran mereka..”

Sebelum ini, New York Times melaporkan anugerah yang sepatutnya diterima Rosmah anjuran pertubuhan Antiquities Coalition Unesco dibatalkan pada saat akhir.

Tudor Parfitt, ahli akademik yang terlibat dalam acara yang akan diadakan di Muzium Seni Metropolitan, New York dalam satu kenyataan mendedahkan keputusan itu diambil susulan persoalan terhadap dana yang diperolehi Permata.

Nota editor: Setiausaha akhbar PM, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, Permata dan Rosmah menolak Anugerah Memimpin dengan Teladan lantaran campurtangan daripada Wall Street Journal dan New York Times seperti dimaklumkan oleh pengerusi badan penasihat penganjur, Prof Tudor Parfitt. – FMT

KLIK BACA: Ehhh… kenapa Rosmah tolak anugerah yang ditunda pulak? – Shahbudin Husin


TERKINI: WSJ – Ratusan pekerja Petronas mungkin hilang kerja

VIDEO: Ucapan Berapi Shafie Apdal: Apa Guna Bandar Malaysia Jika 60% Hak Milik Negara Asing

KLIK VIDEO: Tun Mahathir – Dakwalah saya di mahkamah, saya nak tanya Rosmah….

KLIK VIDEO: Ngeri 3 kanak kanak di gilis kereta 

KLIK SINI: Borang Daftar Online Ahli Parti Bersatu – PPBM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share