Nalakaruppan bekas rakan Anwar menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ daripada Tuanku Abdul Halim pada majlis yang berlangsung di Istana Negara.

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azahar Mohamed hari ini mendahului senarai 207 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Azahar menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ daripada Tuanku Abdul Halim pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu. Hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong disambut 4 Jun lalu.

Turut dikurniakan darjah PSM ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim; Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri S Nallakaruppan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The AlloyMtd Group, Tan Sri Azmil Khalili Khalid.

Tuanku Abdul Halim juga mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada 10 penerima termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Iskandar Mohamad Kaus.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan PJN kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk A Sundaran yang diwakili isterinya, Datin R Talagavathi serta Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais yang diwakili adiknya, Datuk Richard Dillan Morais.  –  Bernama


DIKEMASKINI: Anugerah ditunda tahun depan, Rosmah tolak – Pejabat PM

KLIK BACA: Perlu semangat pahlawan siasat orang paling berkuasa

VIDEO TERKINI: 2 AJK Umno Gombak lapor polis dakwa diugut bunuh pemimpin Umno

KLIK BACA: Zaid pesan Nazri ingat jasa Dr Mahathir kepadanya…

TERKINI: Kenyataan bersama Anwar, Tun Mahathir tentang Akta MKN

Klik baca: Kerajaan ingkar perintah Raja – Datuk A Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share