KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan pangkat atau hubungan kekeluargaan.

“Falsafah ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada kita semua kerana ‘menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih… adalah suatu falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama,” tulis Apandi dalam Berita Harian ini.

Katanya, falsafah Al-Quran itu juga memberikannya inspirasi mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara, “Bertekad Menegakkan Keadilan”.

Apandi menerima kritikan hebat awal tahun ini susulan keputusannya tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal sumbangan RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi miliknya, seperti didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik penyiasat Malaysia.

Apandi berkata beliau keliru pihak tertentu mengkritiknya.

“Apa saja yang saya lakukan adalah mengikut undang-undang negara. Begitupun, masih ada pihak yang sanggup mengemukakan usul tidak percaya terhadap saya di Dewan Rakyat, mendesak saya untuk meletakkan jawatan, malah mengheret saya ke mahkamah,” katanya dalam tulisannya bersempena setahun memegang jawatan Peguam Negara.


Komen Ana Ghoib: Tidak cukup pegang falsafah sahaja Datuk Seri Apandi.

Rujuk sirah Islam mengenai nabi menahan pesalah hingga ia dibuktikan tidak bersalah samada menipu atau pecah amanah [syarah Tirmizi].

Rujuk juga bukan kerana falsafah tapi hukum suci maka para khalifah melakukan ekspedisi memburu mereka yang enggan membayar jizyah di negara asing.

Apakah kamu melakukan hukum itu?

Ini bukan soal falsafah tetapi ilham suci berbuat baik dan adil seadil-adilnya hingga menutup mulut pengkritik. Nampaknya bukan rezeki kamu hari ini?

Biarlah dia diadili dan dibuktikan baju nya terkoyak di depan atau dibelakang sebagaimana Yusuf as. nampaknya sudah terkoyak di US.

Bawa dia ke mahkamah sementelah Anwar dan Mahathir sendiri sudah melaluinya kerna demikian itu lebih adil saksama dan insyaAllah selamat lagi terpuji baik untuk dirinya dan kamu!

Kerana kasih dan sayang bukanlah  kita dendam kesumat mahu menghukum dia tanpa usul periksa kerana politik dan agama namun biarlah mahkamah menentukannya.

Jika dari sudut falsafah yang kamu fikirkan maka ambillah ungkapan Nabi Muhammad yang menyebut: Bahawa jika kalian letakkan bulan ditangan kiri dan matahari ditangan kanan ku tetap aku tidak akan meninggalkan amanah ini.

Untuk kamu jika diletakkan kemewahan dan pangkat di kiri-kanan apakah kamu akan meninggalkan amanah menghukum saksama adil?

Ku doakan ilham suci itu turun buat kamu Apandi anak Ali… – Ana Ghoib


Ingatlah akan hari kiamat disebut juga hari tipu menipu bila Allah berfirman: Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu. – Al Mursalaat 77:39

FirmanNya lagi: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

KLIK BACA: Najib tambah kuat dengan Akta MKN berkuat-kuasa 1 Ogos 2016

KLIK BACA: Jangan layan Pemuda UMNO yang ‘otak udang’, kata Khairuddin

KLIK BACA:Pemuda Umno ‘biadap, kurang ajar’ ugut pegawai kerajaan – Mahfuz

KLIK BACA: Peguam bimbang 3 dituduh konspirasi dikenakan Sosma

KLIK BACA: Sukar percaya tokoh berwibawa Zeti, Abu Kassim dan Gani berkonspirasi jatuhkan Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE