Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor dijangka menyita aset yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada Rabu pagi (waktu tempatan).

Akhbar kewangan antarabangsa itu melaporkan sitaan akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan “wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia”.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan ini dan sedang cuba mendapatkan reaksi 1MDB.

Click read: U.S. Readies Push to Seize Assets Tied to Malaysian Fund 1MDB

Isu 1MDB diuruskan IGP, timbalan enggan jawab

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai siasatan polis terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB.

Ini kerana katanya, kes itu kini diuruskan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Tanya soalan itu saya tidak boleh jawab kerana ia diuruskan oleh Tan Sri IGP,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan polis terhadap PAC ke atas 1MDB yang sudah masuk tiga bulan.

Terdahulu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan apa yang berlaku dalam siasatan polis berhubung 1MDB.

Lim menyoal demikian ketika meluahkan rasa terkejut bahawa polis mungkin tidak mempunyai salinan laporan audit 1MDB itu yang dirujuk oleh laporan PAC berkenaan.

Kenyataan Lim itu merujuk kata-kata Khalid minggu lalu bahawa polis perlu menyemak dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sama ada dokumen audit 1MDB yang didedahkan oleh Sarawak Report adalah tulen.

Sehubungan itu, Lim juga ingin tahu jika ketua polis tersebut telah mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan dengan Ambrin.

Dokumen audit 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Menurut pengkritik, tindakan merahsiakan dapatan audit negara membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sesuatu yang mahu disembunyikan. – Malaysiakini

KLIK BACA: BEKAS SUAMI DAKWA DITINGGALKAN ISTERI KERANA ADI PUTRA?

KLIK BACA: Lelaki mengaku Imam Mahdi rancang tubuh tentera Imam Mahdi di Perak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share