LOS ANGELES – Kim Kardashian dan Kris Humphiries secara rasminya bercerai minggu ini selepas memfailkan penceraian hampir dua tahun.

Mahkamah Los Angeles mengesahkan Kardashian bercerai secara rasmi Isnin lalu.

Ini sekaligus memudahkan Kardashian melahirkan bayi perempuan bersama teman lelaki barunya yang juga merupakan bapa kepada anaknya, Kanye West.

Tarikh sebenar jangkaan bersalin bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum tetapi beliau sudah mengumumkan jantina bayi yang sedang dikandungnya.

Pada 20 Ogos 2011, majalah hiburan terkenal, E! Menyiarkan artikel bertajuk: perkahwinan dongeng Kardashian.

Kardashian memfailkan penceraian sejak Oktober 2011. Sumber Sinar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share