David Teo berkata tidak guna menjadi pelakon tetapi melarat seperti pengakhiran kehidupan seniman agung Tan Sri P Ramlee. — Foto Cinema.com

KUALA LUMPUR — Syarikat produksi Metrowealth Pictures (MiG) tidak hanya mahu melahirkan pelakon dikenali ramai tetapi juga mampu menjadi jutawan, kata David Teo.

Ketua pegawai eksekutif MiG itu berkata tidak guna menjadi pelakon tetapi melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan seniman agung Tan Sri P Ramlee.

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang.

“Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat.

“Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit,” katanya kepada The Malay Mail baru-baru ini.

David, 51, berkata MiG sedia membimbing pelakon yang mempunyai komitmen tinggi dalam bidang seni untuk memperkembangkan bakat mereka.

KLIK BACA: David Teo dituntut minta maaf komen P Ramlee – SENIMAN

p ramlee filem

Katanya, syarikat penerbitan itu juga tidak menghalang mana-mana artis di bawah naungannya untuk meninggalkan MiG apabila tiba masanya.

“Tak ada perkataan tinggalkan MiG cuma bila sudah dewasa, mereka kena berdikari. Lisa Surihani dan Shaheizy Sam lima tahun bersama MiG.

“Farid Kamil dan Yana Samsudin 11 tahun. Intan Ladyana masih sambung kontrak sejak filem ‘Jangan Pandang Belakang’.

“Siapa yang mahu berdikari, saya persilakan tetapi pelakon baharu yang tak ada disiplin akan dipercepatkan setahun saja kontrak untuk keluar sebab kita nak cipta bintang bukan glamor yang tak ada prestasi,” katanya.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share