Rafizi Ramli berkongsi  video bersama anak lelakinya di laman sosial facebook milik beliau.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di laman Facebooknya memberitahu beliau mengasingkan keluarga dari kerjanya bagi mengelakkan isteri mahupun anak-anaknya menjadi bahan fitnah musuh-musuh politiknya.

Oleh Rafizi Ramli 

Ada orang tanya bagaimana saya boleh tahan dengan pelbagai cacian dan maki hamun setiap hari. Dulu hanya dari penyokong tegar Umno, kini dari parti-parti lain juga.

Saya tiada petua apa-apa; hanya disiplin mudah yang mengasingkan kerja dari keluarga.

Saya tidak pernah bawa isteri atau anak ke program politik atau khalayak ramai kerana pernah sekali kami diambil gambar bersama; gambar itu dijadikan bahan oleh blog-blog Umno membuat cerita bahawa isteri saya minta cerai kerana saya lebih sukakan lelaki serta saya tidak ada nafsu terhadap isteri saya.

Sejak dari itu (tahun 2012), saya jarang sangat muncul bersama di majlis dengan isteri. Saya mula faham ketika itu bahawa musuh politik saya akan kata perkara yang terkeji hanya untuk melemahkan semangat saya.

Kami juga mahu menjalani hidup sebagai keluarga biasa kerana saya tidak lihat politik sebagai sesuatu yang berbaloi diceburi lama.

Saya ambil pendekatan sebagai seorang rakyat menjadi kewajipan saya lakukan apa yang terdaya kini agar saya terlepas dari amanah; tiba masanya saya akan kembali sebagai rakyat biasa dan wajarlah orang lain pula menganbil tempat itu.

Dan ajal itu ditangan Allah SWT kita tidak tahu lama mana kita akan hidup sebelum meninggalkan orang yang tersayang.

Sebab itu tidak kira bagaimana sibuknya kita atau kita rasa pentingnya kita; jangan abaikan keluarga. Masa memang tidak pernah cukup maka kita kena belajar peruntukkan masa untuk mereka.

Saya bersyukur kerana kebelakangan ini saya lapangkan lebih jadual saya untuk habiskan masa dengan anak, isteri, adik beradik dan ibu bapa.

In Sha Allah apabila segala-galanya meninggalkan kita di dunia ini, mereka akan sentiasa di sisi kita jadi. – ‪#‎maketime4them‬ #rafiziramli

KLIK BACA: Lebih baik Rafizi di penjara ketika anak masih kecil, kata isteri

KLIK BACA: Lebih baik Rafizi di penjara ketika anak masih kecil, kata isteri

Rafizi Ramli Wife Son Anak Isteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share