FIREFLY, anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan ahli Program Penerbangan Kerap MAS (Enrich) kini boleh mengumpul dan menebus mata Enrich apabila mereka menggunakan khidmat Firefly berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut syarikat itu, tawaran diberi sempena sambutan ulang tahun ke enam syarikat itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, Firefly memahami ramai pelanggan terus menggunakan penerbangan itu kerana adanya perkhidmatan yang mudah, organisasi profesional daripada aspek keselamatan operasi dan juga layanan mesra krew kabin.

“Menerusi keahlian Enrich, pelanggan kini boleh mengumpul mata yang cukup untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan ke destinasi laluan Firefly mahupun MAS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Firefly turut memperkenalkan diskaun tambang rendahnya yang masih berjalan sehingga kini. Sebanyak 500,000 tempat duduk boleh dibeli dengan harga diskaun bagi penerbangan dari 13 Jun 2013 hingga Mac 2014.

Maklumat lanjut booking dan point / promotion dan diskaun / tebus mata enrich klik sini.

 

Sumber Sinar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share