Dengan nada seakan amanat Hadi Awang berpesan jangan tersalah undi di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar maka celaka dan berdosa!

oleh Shahbudin Husin

Presiden Pas, Hadi Awang berkata, memilih wakil rakyat adalah suatu tanggungjawab dan mereka akan berdepan kemurkaan Allah jika salah membuat pilihan pada hari pengundian 18 Jun ini.

Kalau apa yang diucap oleh Ahli Parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah kita, katanya ketika memberi peringatan kepada pengundi Sungai Besar dalam suatu ceramahnya di sini.

Ayoyo…adakah ini amanat baru lagi?

Siapa pilihan yang salah itu?

Adakah yang salah itu calon BN, calon Pas atau calon Amanah?

Atau yang betul di sisi Allah bagi Hadi Awang hanya calon Pas saja?

Jika memilih calon Pas sebagai betul dan terhindar daripada kemurkaan Allah, apakah Ahli-Ahli Parlimen Pas selama ini memainkan peranan yang sewajarnya di Dewan Rakyat atau lebih banyak diam, ponteng dan sebagainya? – Shahbudin Husin | Foto The Star


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi supaya memilih calon yang betul untuk mebimbing dan membantu rakyat.

Menurut Hadi, jika salah memilih pemimpin maka celaka dan berdosalah pengundi terbabit, katanya lapor KiniTV.

Komen Ana Ghoib: Mencagarkan isteri itu juga amat berdosa besar tidak menurut sunnah Rasulullah SAW walau apa pun muslihat fekahnya jika tidak menurut keterangan Kitabullah Al Quran dan segala hadis sahih.

KLIK BACA: Panggil Amanah PAN, PAS juga patut dipanggil PIS

KLIK VIDEO: Tun Mahathir: PAS tak boleh jadi kerajaan, Hadi nampak dedak

KLIK VIDEO: Undi PAS bermakna Najib, Rosmah kekal di Putrajaya – Rafizi

KLIK BACA: Hishammuddin sepupu Najib kata Mahathir pelik tapi dia lagi pelik – Shahbudin Husin

KLIK BACA: GST naik 8% jika BN menang- Hamidah


Tolong Komen & Share