Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa melancarkan penggunaan produk biodegradasi fasa pertama di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Minaq Jinggo

Kuala Lumpur: Semua warga penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diwajibkan menggunakan produk biodegradasi (biodegradable) menjelang Januari 2017 bagi mengekalkan alam sekitar daripada tercemar.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, produk biodegradasi antaranya beg plastik mudah dikompos, mudah lerai atau hancur dalam tanah dan mesra alam kerana dihasilkan secara kitar semula menggunakan sumber boleh diperbaharui.

Katanya, ia akan menggurangkan jumlah sisa pelupusan sampah dan menjimatkan kawasan tapak pelupusan.

“Setiap tahun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggunakan secara puratanya RM40 juta setahun peruntukan dalaman bagi membayar pembuangan sampah tapak pelupusan sampah di Bukit Tagar kerana bilangan penduduk adalah 1.7 juta orang dan tertinggi di negara ini.

“Jika kita masih menggunakan produk plastik tidak dibiodegradasi maka tempoh leraian sampah adalah antara 100 hinga 500 tahun untuk lupus dan mungkin kelak kita akan mengalami masalah tapak pelupusan sampah. Jadi kami bergerak aktif promosi penggunaan produk biodegradasi.

“Selepas mana-mana individu atau premis yang melanggar penguatkuasaan mandatori itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Undang-Undang Kecil Penggunaan Produk Biodegradasi setelah ditetapkan nanti,” katanya kepada Malaysia Gazette. 

Terdahulu, dalam ucapan melancarkan penggunaan produk biodegradasi fasa pertama di Pasar Raja Bot, Jalan Chow Kit, Tengku Adnan berkata, kempen menggalakkan penggunaan produk biodegradasi akan dibuat dalam empat fasa melibatkan premis pasar malam, restoran, trak makanan mewajibkan guna bekas makanan, cawan dan beg pastik biodegradasi.

Selepas itu, ia melibatkan kompleks beli belah, pusat penjaja dan awal tahun 2017 dilaksanakan seluruh Wilayah Persekutuan dengan siapnya Undang-Undang Kecil Penggunaan Produk Biodegradasi melibatkan semua jenis produk bekas bungkusan makanan dan minuman beg plastik, katanya.

Justeru dalam merealisasikan usaha berkenaan, sebanyak enam pembekal telah dikenalpasti untuk bergerak bersama kementerian menghasil serta mengedar produk biodegradasi yang menggunakan sumber tumbuhan seperti jagung, ubi kayu, tebu, kelapa sawit dan sebagainya.

“Walaupun kos penghasilan beg biodegradasi ini agak tinggi sedikit berbanding plastik biasa, kita sedang berunding untuk mendapatkan kadar diskaun antaranya 60 peratus potongan menerusi penukaran plastik biasa dengan kitar semula. Meskipun pelbagai usaha dan kempen dilaksanakan,kesedaran orang ramai terhadap bahaya penggunaan produk plastik, bahan bungkus makanan (stirofom atau polisterin, msih mengecewakan.

“Oleh itu kempen mendekati peniaga dan orang ramai menjelaskan inisiatif baik secara serius dan peringkat dasar sangat penting supaya mereka dapat memahami plastik sebagai ‘pembunuh senyap’ yang menanti mereka.

“Jika mahu pelaksanaan ini sukses 100 peratus kami perlu memastikan rakyat faham bahaya serta kebaikan produk yang dikitar semula ini,” tegasnya lagi.

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share