Kesedian Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun depan dibuat selepas melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno/BN.

Justeru, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata atas nama Pakatan Harapan, parti serpihan PAS itu mengambil tanggungjawab untuk bertanding.

“Jangan cakap bersedia (dicalonkan dan bertanding), saya menghormati pandangan dan pencalonan yang dibuat maknanya AMANAH akan mengambil tanggungjawab itu atas nama Pakatan Harapan bukan AMANAH sahaja.

“Kita konsisten menentang kezaliman Umno tapi apabila melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno-BN ini yang kita tak setuju dan kita nekad tanding (dalam pilihan raya akan datang),” kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad semalam memaklumkan selain Salahuddin presidennya Mohamad Sabu dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada PRK parlimen Sungai Besar.

Bagaimanapun, Khalid dilapor berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, malam Ahad lalu, berkata walaupun terdapat laporan bahawa PAS dan PKR berselisih berhubung calon, namun hubungan semasa antara mereka masih macam biasa.

Beliau juga mengulangi ikrarnya bahawa PAS akan tetap bertanding di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara “calon rakyat” dengan BN pada dua pilihan raya kecil bulan depan itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap ‘pengkhianatan’ PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Sementara itu mengulas apakah nama-nama berkenaan mendapat restui sekutu Pakatan Harapan, Salahuddin mengesahkan DAP Selangor telah memberi maklum balas mereka.

“Persetujuan secara umum memang kita dengar sendiri dalam beberapa pertemuan yg kita adakan bersama tetapi secara rasminya kita akan bawa dalam majlis presuden dalam masa terdekat,” kata Salahuddin.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang adalah juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun. – Malaysiakini

BERITA TERKINI: Tiba masa Najib cakap versi yang betul derma 2.6b – Kit Siang

BERITA TERKINI: PM tak boleh ulas kenapa PAC tak panggil Jho Low – Azalina

KLIK BACA: NAJIB DAKWA TAK TANDATANGANI PEMINDAHAN AS$3.5B UNTUK AABAR BVI

BERITA TERKINI: Negara jadi ‘penjara besar’ kepada pengkritik Najib – Tun Mahathir via Sinar Harian

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share