KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu mengikut, tindakan adiknya Datuk Seri Nazir Razak yang bercuti secara sukarela bagi menunggu siasatan terhadapnya selesai.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan Nazir yang bercuti sementara sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB Holdings sehingga siasatan perpindahan USD7 juta selesai, tidak ada dalam mana-mana peraturan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya rasa tidak ada satu peraturan menyatakan siapa sahaja yang ada penyiasatan dia kena berhenti.

“Prinsip kita adalah seseorang itu tidak bersalah melainkan ia dapat dibuktikan di mahkanah dengan undang-undang,” katanya dalam sidang media, di Lembaga Pertubuhan Peladang, hari ini.

Shabery berkata, jika tindakan Nazir itu menjadi kelaziman kepada pemimpin negara, ia akan menyebabkan urus tadbir negara menjadi tidak menentu.

“Ia akan menjadikan perjalanan sebuah negara dalam keadaan yang tidak menentu dan saya rasa ia saranan yang tidak sesuai dalam konteks negara kita,” ujarnya.

Semalam, Nazir secara sukarela bercuti bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan membabitkan isu pemindahan dana politik sebanyak USD7 juta.

Mengulas lanjut, Shabery juga menyatakan jika tindakan bercuti perlu dilakukan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan individu pertama yang perlu bertindak sedemikian.

“Kalau begitu, jika Lim Guan Eng ada yang disiasat, sepatutnya dia kena buat begitu (bercuti) dahulu.

“Tetapi kita akan tetap kata tidak ada yang bersalah melainkan dibuktikan bersalah dan tidak ada sebab atas penyiasatan itu dia perlu bercuti,” tegasnya. – FMT

Anggota pembangkang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menuduh pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan. KLIK BACA LANJUT

KLIK BACA: Nazir mahu ‘ajar’ Najib cara jaga integriti

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share