https://www.youtube.com/watch?v=ASZo8nslllE

[quote]Menjelang PRU13, Syed Mokhtar menjadi sasaran PKR kerana menguasai ekonomi[/quote]

[pullquote_left]Tiada siapa dengki melayu kaya tetapi monopoli Mahathir dan Najib yg di amal Suharto yg tumbang itulah yg memarahkan rakyat. Syed Mokhtar PHILANTROPIST atau dermawan yg banyak membina masjid di Msia dan Yayasan Al Bukhary banyak membantu kaum miskin semua bangsa. Kaya infinity, kroni dan monopoli dari kerajaan adalah tidak adil. Apakah itu susah difahami atau tamak menguasai atasan UMNO berkepentingan hingga menyembunyikan idea perkongsian dgn rakyat.[/pullquote_left]KUALA LUMPUR, 28 Mac — Skop perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al – Bukhary yang luas dari gula sehingga syarikat komposit telah menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR), menandakan siapa dan apakah sasaran blok pembangkang itu jika mereka menang Pilihan Raya 2013.

Dalam hampir keseluruhan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin de facto PKR itu menerangkan tentang pengaruh Syed Mokhtar yang berleluasa dan kesannya terhadap ekonomi.isteri syed mokhtary al bukhary

Dengan menilai sambutan daripada hadirin kebanyakkannya Melayu semasa ceramah Anwar dan acara lain mengenai subjek tersebut oleh PAS dan DAP, kelihatan tiada kasih sayang yang banyak terhadap hartawan ini.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu, parti tersebut bukan hanya bercakap mengenai Syed Mokhtar akan tetapi termasuk juga Tan Sri Ananda Krishnan dan mereka yang mengawal kumpulan YTL dan Genting.

“Kerana salah satu cabaran besar … adalah untuk menangkis dakwaan Umno, PKR dan PR cuba untuk melemahkan kedudukan Melayu dari segi ekonomi dengan pendekatan yang berasaskan keperluan,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

“Memberi tumpuan kepada Syed Mokhtar adalah untuk mengubah minda dan menangani propaganda Umno … ” tambah beliau.

Rafizi berkata hartawan itu dibangkitkan kerana usaha PKR untuk menjelaskan keperluan beralih daripada dasar ekonomi semasa kerajaan bagi mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera.

Beliau mengatakan kerajaan boleh mencapai sasarannya dengan membantu segelintir Melayu secara ekonomi, akan tetapi menurutnya majoriti daripada komuniti Melayu tidak mendapat manfaat daripada polisi tersebut.

Rafizi memberitahu, sepanjang tiga tahun lepas PKR telah menerangkan kepada masyarakat Melayu alternatif lebih baik adalah untuk memperbaiki pendapatan isirumah bagi semua orang, menyedari majoriti orang miskin terdiri daripada masyarakat Melayu.

“Apa yang kita tidak mahu adalah satu atau dua jutawan Melayu, kami mahu lihat semua orang mempunyai kehidupan baik dan pendapatan baik,” kata Rafizi menerangkan mengenai ikrar pilihan raya PKR untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Apabila ditanya tentang langkah yang akan diambil PKR selepas berkuasa, Rafizi mengatakan terdapat keperluan untuk memperkenalkan undang-undang anti monopoli dan anti persaingan yang lebih keras.

“Apabila ini dapat dilakukan, kebanyakkan syarikat yang dimiliki oleh kroni…. perlu berhadapan dengan undang-undang ini dan akan melemahkan cengkaman terhadap ekonomi kita,” katanya.

Malaysia pada ketika ini mempunyai Akta Persaingan 2010 yang mula digunakan pada 1 Januari 2012 dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).malaysian_billionaires

Rafizi juga berkata akan terdapat sebuah suruhanjaya awam untuk meneliti kontrak kerajaan dan bebas menentukan jika terma kontrak adalah terbaik untuk kepentingan rakyat.

Awal bulan ini, Rafizi mendakwa penjualan firma aeroangkasa yang lumayan CTRM Sdn Bhd kepada unit DRB-Hicom milik Syed Mokhtar tidak dilakukan melalui tender terbuka, mendakwa usaha untuk menswastakan syarikat berkaitan kerajaan akan meminggirkan tenaga kerja Bumiputera.

CTRM merupakan anak syarikat Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF) dan telah menunjukkan prestasi kukuh dengan kontrak bernilai RM8.26 bilion dari 2012 hingga 2017.

Akhbar The Edge Financial baru-baru ini melaporkan hartawan logistik itu akan bersaing untuk projek baru rel kelajuan tinggi berjumlah berbilion-bilion ringgit, projek kereta api yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor, dan dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat keretapi nasional KTM.

MMC Corp kini secara mempunyai usahasama dengan Gamuda Bhd untuk Massa Rapid Transit (MRT), projek rel terbesar di Lembah Klang, dijangkakan akan siap pada tahun 2017. Kedua-dua syarikat juga bekerjasama untuk projek 329km rel elektrik berkembar menghubungkan Perak dan Perlis yang dijangka akan siap pada tahun ini.

Syarikat Syed Mokhtar telah dituduh mengawal perdagangan beras dan gula di Malaysia, dan kepentingan perniagaannya termasuk Malakoff Corp Bhd, pengeluar tenaga bebas terbesar negara.

 

sumber artikel The Malaysian Insider

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share