Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menafikan laporan yang mendakwa juruterbang penerbangan MH370 Malaysia Airlines sudah dijumpai dan sedang dirawat di sebuah hospital di Taiwan.

“Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada kami,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

“Jangan buat spekulasi,” kata Liow selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Portal worldnewsdailyreport.com mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui oleh penduduk kampung, yang kemudian menghantarnya ke Taipei Adventist Hospital.

Portal itu juga menyiarkan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Jeyaindran Sinnadurai, yang disebutnya sebagai Dr Syed Boon Sulong.

Pejabat Konsulat Malaysia di Taiwan mengesahkan laporan itu sebagai tidak benar. – Bernama

Komen: Jilake WorldNewsDailyReport ini banyak mengenakan orang serata dunia dengan HOAX news dia sampai bekas KM Melaka pun terpecaya berita palsu mereka mengenai fitnah terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir masuk kristian. 

Dua kali bangang kenapa SKMM tidak sekat sahaja laman WNDR ini yang kebanyakannya menghina Islam dan memperbodohkan rakyat Malaysia malah Sinar Harian sendiri menyiarkan cerita mereka berkenaan orang utan dijadikan pelacur dan bunting baru-baru ini kemudian Sinar Harian melakukan ralat. – Adpol

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share