Tan Sri Abu Kassim Mohamed bekas KP SPRM yang terlibat siasatan pasukan khas kes 1MDB dan SRC International berdepan penangkapan anggotanya oleh polis pada tahun 2016 – kini pada tahun 2018 dilantik Ketua Unit Pencegahan Rasuah di Jabatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir. – Foto Free Malaysia Today

PUTRAJAYA 31 Jan, 2016 – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed lebih rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan untuk edaran dalaman sahaja itu menyatakan berdasarkan pengalamannya, beliau mengetahui pegawai SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan profesional.

“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” ujarnya.

Abu Kassim berkata demikian sebagai respon terhadap provokasi yang dibuat oleh penulis blog yang meminta beliau mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai atas alasan tertentu.

Bahri Mohd Zin – Gambar Cakapmalas Blog

Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merayu ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed agar memendekkan cutinya dengan segera kerana agensi itu kini amat memerlukan kepimpinannya.

Presiden persatuan, Datuk Abdul Razak Idris menyuarakan rasa prihatinnya terhadap perkembangan terkini badan pencegah rasuah itu, terutamanya berkaitan serbuan dan tangkapan berhubung kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Razak berkata beliau amat risau dengan penangkapan dua pegawai SPRM dan menggesa Kassim bertemu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi membatalkan tangkapan tersebut.

“Tan Sri, anda satu-satunya individu yang boleh bercakap dengan peguam negara dan KPN bagi membatalkan tangkapan dua pegawai SPRM ini. Jika mereka didapati bersalah, tangkap dan dakwa mereka di mahkamah kemudian. Pastinya mereka tidak akan lari ke mana-mana.

“Sewaktu saya menulis SMS ini, air mata mengalir membasahi pipi. Saya merayu agar tangkapan dua pegawai SPRM itu diteliti. Saya amat mengenali mereka sebagai pegawai berdedikasi dan berintegriti tinggi.

“Saya melatih kedua-dua mereka. Tuan, batalkan cuti tuan dengan apa-apa cara sekali pun, datang ke pejabat pada saat-saat genting ini. Tuan boleh panjangkan SMS ini kepada peguam negara atau KPN atau sesiapa sahaja,” kata Razak dalam satu surat terbuka hari ini.

Sehingga kini, 7 orang pegawai SPRM pernah ditahan polis, dengan rumah dan pejabat mereka diserbu sewaktu polis menyiasat kebocoran maklumat siasatan pasukan petugas khas 1MDB.

Tindakan polis itu diselar pemimpin pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat Malaysia yang menyokong SPRM.

SPRM pada Isnin lalu mengesahkan kewujudan RM2.6 bilion wang dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak namun wang itu dilaporkan bersumberkan daripada seorang dermawan di Timur Tengah.

SPRM kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan yang ia tetap berhasrat memanggil Najib bagi menjelaskan kedudukan wang derma itu.

Dalam surat terbuka sama, Razak berkata SPRM sebenarnya boleh bertindak balas terhadap polis menggunakan Seksyen 23 dan 24 Akta SPRM.

Seksyen 23 adalah berkaitan “kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan” sementara Seksyen 24 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan itu iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Menurut Razak, jika ada mana-mana orang membuat laporan di bawah peruntukan akta itu mendakwa Najib bersubahat dengan peguam negara bagi melengahkan siasatan, maka SPRM boleh menyiasat bukan sahaja polis tetapi juga Najib dan peguam negara.

“Jika itu berlaku maka peguam negara dan polis tidak boleh membubarkan siasatan terhadap mereka.

“Jika mereka berbuat demikian maka lambat laun ia adalah satu lagi kesalahan. Menurut undang-undang juga, SPRM boleh menahan Najib, pegawai polis berkenaan dan peguam negara berdasarkan pelbagai sebab memandangkan kes ini adalah kesalahan melibatkan rampasan dan teruskan siasatan, seperti dilakukan polis terhadap SPRM,” katanya. – Sumber The Malaysian Insider

DIKEMASKINI 2018: Bekas PM Najib akan didakwa walaupun bukan penjawat awam

KLIK BACA: Sirul tak penting tapi siapa arah bunuh, kata bapa Altantuya yang jumpa PM Mahathir

KLIK BACA: Kalah PRU kerana tambang teksi Altantuya tak siapa bayar akhirnya kantoi?

KLIK BACA: 53 ketua GLC disingkirkan, Putrajaya mahu yang boleh bekerja bukan budak band!

KLIK BACA: Najib orang senang, dapat benda mudah sebab kewangan okay, kata pengunjung rumah terbuka Raya

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share