Panel keluli yang ditemui di perairan Thailand mungkin daripada serpihan roket, kata Mitsubishi Heavy Industries. – Gambar EPA/STR

Kenyataan itu meredakan spekulasi kononnya serpihan tersebut adalah daripada pesawat MH370.

Dakwaan itu dibuat selepas pakar-pakar pesawat Thailand mengambil panel besar dari Nakhon Si Thammarat ke Bangkok untuk menjalani pemeriksaan.

Serpihan yang ditemui pada Sabtu lalu menarik perhatian media, mungkin daripada pesawat MH370, yang hilang bersama 239 orang penumpang dan anak kapal pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Jurucakap Pangkalan Tentera Thailand, Timbalan Marshal, Pongsak Semachai memberitahu, serpihan itu akan diperiksa, dianalisis dan membuktikan ia adalah dari pesawat MH370.

“Walaupun tidak pasti lagi, serpihan itu mungkin sebahagian daripada roket H-IIA atau H-IIB roket,” Sayo Suwashita, jurucakap Mitsubishi Heavy Industries di Tokyo.

Roket adalah kenderaan pelancaran yang sering digunakan untuk menghantar satelit ke angkasa.

Mitsubishi Heavy Industries mencapai kesimpulan awal “selepas melakukan pemeriksaan komprehensif seperti bentuk serpihan dan nombor-nombor yang dilihat di dalamnya”.

Ia selari dengan pandangan pakar-pakar arus laut yang mendakwa tidak mungkin MH370 didapati di Teluk Thailand.

Sebaliknya, pakar-pakar terbabit tetap percaya MH370 berakhir di Laut Hindi. – Malaysia Gazette

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share