REMBAU – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, melarikan diri ke dalam hutan dipercayai dirasuk sewaktu berubat di sebuah pusat tahfiz, di Pulau Besar dekat sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fuad Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang dan sampai ke lokasi kira-kira 17 minit kemudian.

Katanya, sebaik sahaja sampai ke lokasi pihaknya segera membuat operasi mencari ke dalam hutan dan menjumpai mangsa tidak lama kemudian.

Mangsa kemudiannya, diserahkan kepada keluarga dalam keadaan selamat.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share