Amanat Nik Aziz dan Amanat Hadi Awang

Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO.

Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup.

Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang.

amanat nik aziz

Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu.

amanat hadi awang

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya. – Sumber Shahbudin Husin / Gambar Berita Harian

Laporan Malaysiakini BM:

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno.

Mohd Amar berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, lapor Berita Harian hari ini.

“Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAs sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

“Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.

“Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat,” katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiyah di Pengkalan Chepa.


Tolong Komen & Share