KUALA LUMPUR: Ahli UMNO perlu sentiasa taat setia kepada pemimpin selagi mereka itu tidak fasik.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ketaatan dan kesetiaan merupakan asas penting dalam politik orang Islam.

“Ahli Sunnah Wal Jama’ah menegaskan kepentingan untuk sentiasa setia dengan pemimpin yang ada selagi pemerintah tidak melakukan kefasikan secara terbuka,” katanya menerusi ucapan dasarnya di persidangan Puteri di Himpunan Agung UMNO 2O15 di PWTC pada Rabu.

Katanya, tindakan menjatuhkan pemimpin boleh membuka pintu fitnah yang lebih besar.

Jelasnya, sebagai golongan yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar, UMNO harus bersedia untuk melakukan teguran demi kewujudan sebuah organisasi dan negara yang benar-benar berfungsi dan mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

“Kesetiaan tersebut bukanlah pula bermakna kesetiaan membuta tuli.

“Hanya dengan kesetiaan kepada pemimpin dan sentiasa memikirkan kebaikan yang lebih besar, kewujudan sebuah organisasi seperti UMNO atau kerajaan akan terus berlangsung,” katanya lapor FMT.

Nota Ana Ghoib:  Firman Allah – “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki).

Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? – (Al-Munaafiquun 63:4)

Baca: “JANGAN TUDUH MELULU, PENTABIRAN SAYA SEGALANYA DITULIS DALAM AKAUN TELUS” – TUN MAHATHIR

najib razak hudud

ana ghoib wisdom truth-islam

Janganlah engkau [Muhammad] menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin). – (Al-Hijr 15:88)

‪#‎Anaghoib‬ dan apabila malam telah sunyi… sudah aku sampaikan…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE