Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim

Kuala Lumpur: Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realilti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.  – Gambar Wartawan Jalanan Facebook

KLIK: Tunku Abdul Jalil – Profil Biodata Bergambar

Catatan Terakhir Tunku Jalil  di Facebook!

tunku jalil tmj

tunku jalil instagram

KLIK: Tunku Abdul Jalil – Profil Biodata Bergambar

Semalam menjadi malam yang paling sukar buat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim setelah adindanya pulang ke rahmatullah. – Gambar FMT

“Kepada adikku yang dikasihi, dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.

“Kita semua amat sayang dan rindukan kamu,” kata Tunku Ismail.

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bharu akibat kanser.

Dalam tulisan di Facebook Johor Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengambil kesempatan menyatakan kerinduannya terhadap pemergian almarhum.

“Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku,” katanya.

Beliau mengingatkan sifat baik Tunku Abdul Jalil yang penyayang dan rendah diri.

“Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku.

“Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,” tulis baginda lagi lapor Malaysiakini.

Bernama melaporkan, almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China.

Bagaimanapun, penyakit almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini.

Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, December 5, 2015

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE