Sebahagian 33 aktivis bersama peguam berkumpul di Mahkamah Seksyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini. Mereka didakwa mengikut Seksyen 142/147 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram di luar Parlimen pada 24 Jun 2013. – Gambar Nazir Sufari

Chegubard, Aunty Bersih, Adam Adli diperintah bela diri terlibat Black505 – TMI

Bekas ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan peserta demonstrasi Annie Ooi Siew Lan, terkenal dengan panggilan Aunty Bersih, merupakan antara 18 aktivis yang diperintah membela diri hari ini kerana berhimpun secara haram di luar Parlimen dua tahun lalu.

Daripada 33 yang didakwa atas kesalahan sama berkaitan perhimpunan yang berlangsung pada pada Jun 2013 itu, 15 bagaimanapun dibebaskan.

Bagi kesalahan kedua merusuh di jalan menuju ke Parlimen pada hari yang sama, 10 daripada 17 yang didakwa, termasuk Chegubard dan Adam Adli, juga diperintah membela diri manakala yang lain dilepaskan.

Mereka antara ratusan peserta perhimpunan Blackout 505 yang ditahan dan disiasat berikutan satu pergelutan dengan pihak polis berhampiran Parlimen. – TMI

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share