Bekas Setiausaha Politik PM bakar patung pemimpin DAP untuk galak penduduk Kota Bharu sertai Himpunan Rakyat Bersatu, Himpunan Maruah Melayu atau Baju Merah.

Patung Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibakar bagi menyemarak semangat orang Melayu menyertai Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu ini.

Dalam video yang dimuat naik di laman Youtube, ia dikatakan dibuat pada Ahad, di Kota Bharu, Kelantan.

Visual yang bertajuk Pra Himpunan Rakyat Bersatu Kota Bharu, turut dihadiri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam rakaman berkenaan, Mohd Fatmi menyampaikan ucapan berapi meminta ahli UMNO Bahagian Kota Bharu mengambil bahagian 16 September ini.

Kit Siang, Guan Eng dan penganjur Bersih 2.0 menjadi sasaran kerana dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 4.0 bulan lalu.

Mereka dicela kerana dituduh memecah belahkan orang Melayu di negara ini dengan menganjurkan bantahan itu. – FMT

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share