Tian Chua memberitahu Malaysiakini, kedatangan Tun Dr Mahathir menunjukkan bekas PM itu sendiri memberi sokongan kepada BERSIH.

Ia juga menunjukkan Mahathir akur bahawa saluran paling berkesan untuk membetulkan keadaan dan buat perubahan ialah melalui kuasa rakyat, katanya.

“Ini bagi saya satu kemenangan rakyat Malaysia dalam menarik sokongan dari semua pihak.

“Mahathir terpaksa juga akur kuasa rakyat itu ialah saluran paling berkesan.”

Peserta BERSIH 4 yang beragama Islam menunaikan solat Isyak secara berjemaah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur manakala peserta bukan Islam pula berdiam diri sebagai menghormati mereka.

8.50pm: Simpang Jalan Raja-Jalan Parliament – Kumpulan siswa yang berhasrat untuk melakukan duduk bantah di parlimen meneruskan aksi mereka, kira-kira 1km dari parlimen.

Jurucakapnya, Khairol Najib Hashim berkata mereka akan meneruskan protes tersebut demi kebebasan siswa dan menyatakan sokongan pada BERSIH.

8.35pm: Jalan Raja – Mandeep Singh, aktivis BERSIH beri jaminan kepada polis bahawa para peserta tidak akan melepasi sekatan di Dataran Merdeka.

“Kami akan bekerjasama dengan polis untuk mengekalkan keamanan dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh 28 jam.”

Terdahulu, Mandeep menemui ketua polis daerah Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh.

bersih dataran merdeka

bersih dataran
Anggaran peserta: 20,000 berhampiran Dataran

8.30pm: Dataran Merdeka – Pemerhatian di bawah dan dari udara menunjukkan terdapat kira-kira 20,000 peserta BERSIH 4 berhampiran atau di sekitar Dataran Merdeka.

8.00pm Dataran Merdeka: beribu-ribu peserta masih berada di Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak. Suasana masih hangat dan peserta BERSIH melaungkan “Bersih ” dengan kuat dan bunyi vuvuzela masih kuat didengar.

Peserta masih kuat bersorak tetapi ada juga yang duduk berehat di lantai dan melentang atau tidur di tepi jalan. – Malaysiakini

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share