Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menggesa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Johor dan Kedah serta semua negeri termasuk Ketua Menteri agar membaca secara mendalam wawancara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang disiarkan oleh akhbar The Star. – Gambar FMT

Tan Sri Zainuddin Maidin justeru menggesa mereka memberikan perhatian yang serius akan implikasinya terhadap keselamatan negara [FMT] susulan isu Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador yang didakwa ditukarkan secara kontroversi ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

Walaupun saya tidak bersetuju dalam beberapa hal dengan MD dan Ex Ketua Pengarang Akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai tetapi hari ini saya angkat tabik hormat kepadanya.

The Star sedapat mungkin dalam keadaan yang amat tertekan membuktikan dirinya sebagai akhbar berani bersuara untuk rakyat, moderate dalam artikata tidak extreme dalam hendak menyembunyikan fakta dalam keadaan rakyat dahagakannya .

Hari ini The Star menyiarkan pembelaan seorang bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap seorang bekas pegawainya yang bagitu setia dan dedikasi,bijak dan pengalaman yang amat berguna yang telah dipindahkan dengan mengejut ke Jabatan Perdana Menteri.

Ada pihak yang mengatakan bahawa PM Najib tidak terlibat dengan pertukaran ini. Mereka hinakan rakyat dengan anggapan berada di dajah satu.

Bolehkah kita percaya bahawa PM tidak tahu menahu mengenai kedudukan tenaga-tenaga penting dalam Polis Diraja Malaysia .?

Adakah beliau tidak diberitahu dan beliau tidak mengambil tahu mengenai perubahan penting yang akan dilakukan dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia? Jika demikian maka apakah beliau seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab?

Saya berharap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Menteri Besar Johor, Menteri Besar Kedah,Ketua Menteri dan lain lain Menteri Besar bacalah dengan teliti interviu Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dengan akhbar The Star muka 6 hari ini.

Walaupun berita ini dikecilkan tetapi sangat besar artinya kepada keselamatan negara.

Adalah sejawarnya malah wajib bagi seorang Ketua Pemuda UMNO tidak memikirkan kepentingan dirinya sahaja,beranilah menemui Bekas Timbalan Pengarah SB Datuk Abdul Hamid yang merasa dirinya terinanya supaya Pemuda UMNO seluruhnya mendapat gambaran sebenar.

Janganlah kerana takut pada Najib,tidak pula mahu menemuinya. Temuilah beliau dan juga Tan Sri Rahim Noor demi kepentingan UMNO,demi keselematan bangsa dan negara. Janganlah memikirkan kepentingan masa depan yang tidak pasti.

Di bawah ini adalah sebahagian dari terjemahan Berita TRANSFER OF ABDUL HAMID WORRYING, SAYS FORMER IGP di muka 6 The Star hari ini:

Petaling Jaya: Keadaan sekitaran mengenai pertukaran Timbalan Pengarah Bahagian Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid adalah “amat membimbangkan,”kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.

Katanya, telah pun timbul kebimbangan apabila Ketua Bahagian Khas DCP Datuk Akhil Bulat telah digantikan pada Julailalu, beberpa minggu sebelum kontraknya tamat.

” Nombor Satu sudah tidak lagi disana dan sekarang No Dua juga sedang dipindahkan

” Sesiapa juga yang berfikiran waras akan tahu untuk kesenimbungan,adalah lebih baik tidak ditukar dua orang tertinggi dengan serentak” katanya.

Rahim menyatakan bahawa beliau tidak memihak tetapi merasa terpaksa untuk menyuarakan perasaan tidak puas hatinya diatas cara pemindahan itu dilakukan.

DCP Abdul Hamid telah bekerja di bawah Rahim ketika dia menjadi Pengarah Bahagian Khas hampir empat tahun(1986-1989).

Menurut Rahim “Dia adalah sangat pintar dan dedikasi. Dia benar-benar seorang pegawai yang bijak( intelligence officer through and through).Itu adalah dalam darahanya.

” Sebagai seorang ketua , saya tidak pernah mempunyai prasangka terhadapnya,Kepentingan keselamatan dan negara adalah yang paling utama baginya.

” Dedikasinya adalah kepada SB. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjamin integriti,imej dan keagungan SB”

Rahim berkata bagi pihak dirinya dia sangat bersimpati dengan DCP Abdul Hamid.

” Ini seolah-olah ada suatu gerakan untuk menutup mulut siapa juga yang menentang kepentingan pihak tertentu dalam isu 1MDB”.

Rahim juga memuji DCP Abdul Hamid kerana sanggup mendedahkan kepada umum mengenai pertukarannya.

” Bahawa dia sanggup membuat kenyataan semasa dia masih dalam kerajaan menunjukan keperibadiannya yang sebenar. Itulah orangnya.

” Dia berani kerana dia percaya dia benar” kata Rahim sambil menambah Kebenaran mesti dipertahankan mengenai 1MDB”

VIDEO: Saya tak akan merayu rayu gegar pagar rumah ‘Datuk Seri…’ – Datuk Hamid Bador


* Berikut di atas adalah pandangan penulis ZAM dan tidak mewakili kami pendapat kami Malaysian Review.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share