Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau berkata, tidak akan mengungkit ‘peristiwa’ lama berlaku di dalam Umno kerana berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama dan sayangkan parti. – Gambar Laksamana Bukit Bintang

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan mengungkit “peristiwa” lama yang pernah berlaku di dalam Umno kerana berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama dan disebabkan perasaan sayangkan parti.

Perdana menteri dan presiden Umno itu berkata, disebabkan sayang dan kasih kepada parti, beliau tidak akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada parti.

“Dalam sejarah Umno banyak peristiwanya, tetapi saya tidak akan ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip ‘collective responsibility’ (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab kita semua, takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.

“…ia diibaratkan ‘tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri. Saya tidak akan ‘meludah ke langit’ yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti Umno,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini.

Menurut perdana menteri, apa yang beliau lakukan dan amalkan ketika ini sebagai presiden Umno tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin parti sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza dengan amalan-amalan dahulu,” katanya dan menambah beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan Umno terus berkhidmat kepada rakyat.mahathir najib derma 1mdb

Di dalam usaha mencari dana bagi Umno, Najib berkata prinsip-prinsip penting yang perlu dipatuhi seperti ‘jangan mencuri duit orang, tidak menyalahi undang-undang dan dana itu tidak digunakan untuk membeli undi’.

Beliau berkata Dr Mahathir juga mengakui parti politik memerlukan duit.

“Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Dr Mahathir sendiri di dalam buku Transparency International, di mana dia (Dr Mahathir) sebut ‘every political party needs money’ (setiap parti politik memerlukan duit),” katanya.

Perdana menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong ketua, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini ketika menjadi timbalan presiden Umno kepada Abdullah.

Katanya semasa menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal presiden Umno itu tentang dana yang diperolehinya untuk perjalanan Umno.

“Waktu saya jadi timbalan, saya tidak soal Pak Lah (Abdullah) daripada mana dapat dana, saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You (Pak Lah) tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir) dan dia kata tidak.

“Asalkan 2 perkara, jangan curi duit orang dan menyalahi undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti,” katanya.

Baca: Tun Mahathir dakwa Najib juga pujuk Pak Lah berundur

Najib berkata, beliau boleh memberi penerangan secara terperinci tentang isu dana parti kepada anggota Umno tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup.

Tindakan membincangkan isu berkenaan dana parti secara terbuka dibimbangi akan hanya merosakkan Umno, malah parti pembangkang juga tidak mendedahkan sumber dana parti mereka, katanya.

“Cukuplah, jangan ‘korek kapal’, kita semua dalam satu pasukan. Jikalau kita kasih dan sayang parti, aman parti,” kata Najib dan menurutnya pengorbanan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah adalah contoh kesetiaan dan kasihnya kepada parti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Bernama

Baca: Lebih baik jawab duit RM2,600 juta itu untuk membeli-belah, dah tentu semua percaya – Ahli Umno, Shahbudin Husin

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE